Inilah masanya untuk menebus kesilapan lampau. Malaysia tidak jadi begini kalau Parti komponen BN bekerja untuk rakyat. Semasa komplot UMNO memperkenalkan DEB, parti komponen BN senyap - tak dak telur!
Semua dasar diubah untuk memperkayakan kroni UMNO.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!
Di manakah parti-parti komponen BN? Mereka tidak langsung memperjuangkan hak-hak rakyat, sedangkan banyak pemimpin pembangkang masuk tahanan ISA.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!
Golongan pelajar yang berfikiran terbuka dikengkang oleh AUKU yang menghalang penglibatan pelajar dalam politik sekaligus membantut proses demokrasi di Malaysia. Kita kehilangan bakat-bakat muda, sedangkan negara memerlukan pemimpin bukan sahaja untuk menjaga kesinambungan politik dalam negara, kita juga perlu pemimpin yang boleh menyuarakan permasalahan negara di peringkat antarabangsa.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!
Sekarang kita sudah terlanjur, tapi kita masih ada masa untuk bertaubat!
MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain patut menebus dosa lampau, semua kesilapan lalu perlu diperbetulkan. Kalau komponen tidak bertindak sekarang, maka kesilapan Koh Tsu Koon akan berulang kerana keangkuhan dan sikap "over confident" telah menyebabkan Gerakan kehilangan Pulau Pinang.
Kalau parti komponen tidak bertindak sekarang, nescaya tiada lagi masa depan untuk Parti -parti ini di masa hadapan.
Najib adalah produk UMNO, bukan salah beliau tetapi salah pemimpin lampau yang menggunakan kuasa, kononnya untuk mempertahankan hak bangsa dan agama. UMNO membuli golongan Minoriti tetapi paling sedih komponen BN tengok saja dan tidak mempertahankan semangat Kemerdekaan yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman.
Apa yang parti komponen BN buat kali ini? Keluarlah dari BN! Kalau BN tidak lagi berkesan untuk membangunkan Malaysia, buat apa lagi parti Cina, India, Melayu, Kadazan, Dayak dan Parti-parti kecil lain. Kita kini tidak perlu lagi parti berasaskan kaum , kita hanya perlu 2 Parti, satu pembangkang dan satu pemerintah.