Jumaat, 30 September 2011

Hari mengundi sudah hampir...



Mereka yang tidak mengundi sebenarnya tidak ada pendirian.
kalau lelaki, tak ada batu...
kalau perempuan, tak ada buah...


No Country, No Religion and No reason to die for...



Imagine there's no heaven, it's easy if you try. No hell below us, above us only sky.
Imagine all the people living for today, ah.

Imagine there's no countries, it isn't hard to do. Nothing to kill or die for and no religion, too.

Imagine all the people living life in peace, you,
you may say I'm a dreamer but I'm not the only one.
I hope someday you'll join us and the world will be as one.

Imagine no possessions. I wonder if you can.
No need for greed or hunger or brotherhood of man.
Imagine all the people sharing all the world,...



Ahad, 11 September 2011

Buta Sejarah...memang ramai!

Bukan sahaja kemungkinan "Mat Sabu" itu buta sejarah, malah ramai lagi ahli politik yang rata-rata buta sejarah lebih-lebih lagi ahli politik Malaysia. Semua yang mencebur politik bukannya berpelajaran tinggi, tidak seperti negara Eropah dan Negara Maju yang lain, seseorang yang ingin berpolitik perlu mempunyai kelayakan tinggi setidak-tidaknya ijazah pengajian tinggi.
Itu pun sebelum mereka memegang jawatan kabinet, kalau ingin jadi Menteri Kewangan, mestilah ada pengetahuan baik dalam ekonomi, akaun, kewangan dan perdagangan.
Nak jadi Menteri Pertahanan mestilah ada latar belakang tentang Persenjataan, Ketenteraan, Hubungan Luar Negara, Sejarah serantau dan Diplomatik.
Begitulah juga jawatan-jawatan penting lain yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Apakah ahli politik kita ada pengetahuan secukupnya?

Tak apa kalau bodoh, masih ada peluang, lihatlah pulak ahli politik negara maju, lihatlah barisan pemimpin Kabinet Singapore, lihatlah negara Eropah, berapa orang penasihat di sekeliling mereka untuk memberi nasihat sebelum ahli politik mengeluarkan kenyataan, mereka ada penasihat undang-undang, kewangan, penasihat kesihatan & imej, penasihat teks ucapan, penasihat peribadi dan penasihat taktikal/ kempen pilihanraya. Lihatlah ahli politik kita, adakah mereka bersungguh-sungguh untuk berpolitik dan memenangi hati rakyat?
Apakah yang sudah dilakukan oleh pemimpin kita untuk mendapat mandat rakyat? cuma duit poket, kain pelikat, ang pau dan hamper...sungguh menyedihkan.
Zaman politik sudah berubah tetapi mereka masih di takuk lama. Rakyat sekarang tak boleh diperlekehkan kerana zaman internet ialah zaman kita memerdekakan minda untuk menilai sendiri apa yang dilihat, tidak seperti zaman dahulu bila semua orang lari lintang pukang bila ada yang menjerit "hantuuuuu...". kerana mereka terima bulat-bulat tanpa menilai sendiri apakah ia benar atau tidak.

Sejarah itu sangat subjektif, semua orang boleh melontar pandangan mereka tentang sesuatu peristiwa mengikut perspektif masing-masing.
Mat Sabu boleh mengangkat sesiapa sahaja untuk menjadi Wira, kerana itulah kebenaran dari sudut pandangan beliau. Tetapi seorang yang waras akan berfikir dan mencantas sebarang idea dan pandangan yang berlawanan dengan pendapatnya. Jadi, persoalan yang timbul adalah, apakah kebenaran dan keadilan dari perspektif Mat Sabu boleh diterima?
Jika seorang sanggup membunuh secara terang-terang tak kira wanita atau kanak-kanak. bolehkah kita anggap dia wira?

Jika seorang membunuh atas alasan politik, idealisme, kepercayaan dan tuhan sekalipun, dia bukan lagi seorang wira. Dulu memang ada budaya mengorbankan manusia untuk menyembah tuhan, konsep mengorbankan orang untuk kepentingan orang lain adalah kepercayaan lapuk yang sepatutnya dikutuk. Malah budaya ini sudah pupus. Pembunuhan orang awam amatlah tidak bertanggungjawab kerana itu timbul istilah "terrorisme" untuk mereka yang mensabotaj kemudahan awam, membunuh wanita dan kanak-kanak tak berdosa. Kalau berani, tak payah sembunyi-sembunyi...

Kesimpulannya, kita ada kumpulan pelampau yang penuh beremosi. Kita juga ada golongan pemimpin yang tidak bersekolah, inilah resepi paling baik untuk ke arah dunia yang jahanam...Kalau rakyat masih memilih pemimpin ikut perasaan dan emosi, maka itulah yang mereka dapat kerana "kerajaan" itu adalah "rakyat" dan "rakyat" itu adalah "kerajaan".

Isnin, 13 Jun 2011

Setakat mana satu Malaysia? Cakap saja boleh lah...

Disappointed with JPA offer
I got 9A+ in SPM and CGPA 4 .00 in the Matriculation examination, including A in the English Paper.
Furthermore, I’ve achieved a band 5 in MUET 2010, A in co-curriculum and yet I was not given my desired course (pharmacy) in Universiti Sains Malaysia (USM).
With my excellent result, I was not given the chance to pursue my desired course. I hope the JPA will consider cases like mine.

DISAPPOINTED,
Penang.
- source : The star 13 June 2011

Sungguh menyedihkan sampai hari ini Malaysia masih mengamalkan amalan "pilih bulu" dan pada masa yang sama cuba memujuk balik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk balik bekerja di Malaysia.
Kalau anda adalah mangsa dalam kes ini, adakah anda akan menjadi lebih patriotik?
Adakah anda bangga menjadi rakyat Malaysia?
Adakah anda akan menyokong kerajaan BN?
Adakah anda akan menjadi ahli Parti Pembangkang?
Adakah anda ingin mati untuk Malaysia?
Mahukah anda menyertai Tentera Malaysia? atau Polis Diraja Malaysia?
Kalau anda menjadi mangsa? Mahukah anda berhijrah ke negara yang menghargai kepandaian, kebijaksaaan dan kerajinan anda?
Siapa mahu menyokong UMNO, Siapa mahu menyokong MCA?
Siapa mahu menyokong MIC? Siapa????
Kalau lah mangsa di atas ialah anak anda? Mahukah anda menyokong kerajaan yang mendiskriminasi anak anda?
Kalaulah mangsa itu, anak saudara, sepupu atau waris anda... mahukah anda menyokong kerajaan BN?
Kalau warna kulit dan agama menjadi penentu dalam memilih mereka yang layak mendapat biasiswa, maka Malaysia akan menjadi negara yang penuh dengan rasuah dan korupsi, kerana tanpa meritokrasi dalam pendidikan, akan lahirlah pemimpin yang lemah dan bersifat pilih kasih seperti mana dia terpilih melanjutkan pelajarannya dulu...

Khamis, 16 Disember 2010

Malaysian Must see!!! Namewee 1Malaysia story 黃明志要見首相!




Ini satu lagi contoh kegagalan 1Malaysia...
Mengapa kerajaan perlu takut Namewee?
Kegagalan memang terlalu nyata...
Lihatlah iklan oleh kerajaan seperti iklan kempen membaca, kempen kebersihan, kempen oleh Filem Penerbitan Negara sungguh memalukan kerana kerjanya seperti melepaskan batuk di tangga...

Jumaat, 24 September 2010

Mengapa perlu meletak Melayu selepas Malaysia?

Merujuk kepada tajuk di atas, bukan saja Melayu yang patut buat begitu? Bukan Datuk Nazri saja yang patut melafazkan ayat ini, semua rakyat Malaysia patut melafazkan ikrar ini sebagai salah satu rukun negara yang keenam.
Di manakah letaknya keutamaan anda sebagai warganegara yang bertanggungjawab selagi anda terutama perwakilan yang dilantik untuk mewakili rakyat Malaysia hanya membantu sesama sendiri tetapi melupakan mereka yang tidak seagama atau tidak sekulit dengannya?
Ucapan PM sehingga ke PBB begitu meyakinkan dunia bahawa kita telah menuju ke arah pendamaian yang hakiki. Seruan PM Najib agar dunia mengamalkan kesederhanaan dalam beragama telah mengorak langkah pertama ke arah dunia tanpa sempadan agama,tanpa sempadan negara dan tanpa sempadan ideologi. Ini kerana dunia hari ini sudah lama berperang kerana agama, ideologi, kepercayaan dan ketaksuban yang melampau.
Tetapi selagi ia tidak dipraktikkan, semua hanya menjadi NATO - No Action Talk Only. Sejauh manakah kita mahu melihat pelaksanaannya berjalan, adakah kita bersungguh mahu melihat idea ini dilaksanakan di Malaysia sendiri?
Di manakah jabatan, pegawai dan AJK yang sepatutnya memantau perkara ini?
Apakah target-target masa yang mengukur kejayaan idea ini? NKRA untuknya?
Siapakah yang akan memegang tanggungjawab ini?
Bagaimana kalau ada tentangan, apakah kita sudah bersedia?
Wawasan tinggal wawasan...
kerana yang membuat wawasan pun mungkin sudah tiada lagi untuk melihat kegagalan sendiri...
Media hari ini pun suka memberi publisiti kepada puak pelampau seperti Perkasa dan Persatuan Cina yang melampau. Kesemua palampau tidak patut dibantu dari segi rohani dan jasmani apatah lagi diberi ruang dan peluang dalam media massa. Kerajaan perlu lebih aktif memantau publisiti ini kerana sentimen yang dibawa oleh pelampau hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Itulah masalahnya PM, hanya bercakap tetapi di mana mekanisme untuk merealisasikan matlamat 1Malaysia??? Saya tidak nampak pun...
Yang kita mahu bukan yang terbaik dari Melayu, terbaik dari Cina atau Terbaik dari India...tetapi kita mahu yang terbaik dari rakyat Malaysia!!

Khamis, 17 Jun 2010

Kepada Mereka Yang Bukan Bumiputera.

Sudah sampai masanya kita memilih untuk mereka yang melindungi kepentingan orang ramai dan bukannya melindungi kaum sendiri atau ahli keluarga sendiri.

Kita ada kuasa memilih, wahai orang bukan Bumiputera di Pasir Mas Kelantan, sudah sampai masanya anda menolak seorang pemimpin ekstremis yang ternyata bermain api perkauman. Kononnya Perkasa dapat perjuangkan hak orang Melayu...
Sampai bila kita perlu berpuak-puak? Memang betul kita perlu melindungi golongan yang lemah tetapi ini tak bermakna kita perlu menggadaikan kepentingan umum demi kepentingan diri. Di manakah integriti kita sebagai manusia sekiranya kita asyik menghukum mereka yang tak bersalah.

Mahathir berasal dari India, jadi tidak hairanlah jika dia masih sukakan sistem kasta. Mahathirisme suka membeza-bezakan umat manusia. Lihatlah caranya memerintah, bukannya ke arah perpaduan tetapi ke arah berpuak-puak. Ditubuhnya Bank Islam untuk apa? Bank dan agama tidak patut ada bersama. Biarlah agama itu mengajar manusia ke arah kebaikan, kalau bank perlu berbuat baik, bukankah lebih baik tubuh badan kebajikan Islam, bukannya Bank Islam.
Apa jadi kalau, orang Kristian tubuh Bank Kristian, orang Hindu pula tubuh Bank Hindu, orang Buddha tubuh Bank Buddha dan orang Bahai tubuh Bank Bahai.
Bukan salah agama Islam, mengapa orang Islam hari ini rata-rata bertempur dengan pihak pemerintah bukan Islam. Tetapi salah penganutnya yang lemah dalam mentafsif agama sendiri. Perpecahan mazhab telah menyukarkan pengawalan mutu dan pengawalan emosi masyarakat Islam, di mana-mana saja fatwa boleh dikeluarkan, di mana-mana saja khutbah boleh berkumandang maka di mana-mana saja boleh terseleweng daripada akidah sebenar agama Islam.

Mengapa perlu ada assabiyah? Buat apa ditubuh institusi yang berpuak-puak, macam juga masyarakat Cina tubuh Persatuan Lim, Persatuan Tan dan Persatuan Ong. Cara berpuak ini sudah ketinggalan zaman, kita tak perlu hidup berpuak untuk maju tetapi kita perlu melihat kualiti, merit dan integriti dalam menilai seseorang, dengan cara ini barulah negara akan menjadi maju kerana lebih banyak kecermerlangan akan wujud hasil pemilihan baka-baka terbaik untuk mentadbir urus negara, begitu juga dari segi cendikiawan negara, kita hanya mampu maju sekiranya yang mengajar kita tahu apa yang diajar dan bukannya menjadi pensyarah kerana dia Melayu, dia Bumiputera, dia sahabat Menteri, dia kenal Dekan Fakulti atau dia kroni sesiapa.
Kalau Malaysia mahu maju, lupakan warna kulit, lupakan agama apa, lupakan fahaman apa cuma ingatkan bahawa kerja mesti kemas, cekap, tiada korup dan berkhidmat untuk semua masyarakat kerana masyarakat yang ada hak mengundi.

Seorang ada satu undi, kalau anda tak mahu ditindas, pilihlah pemimpin yang adil dan tidak hanya memihak satu kaum sahaja. Anda sememangnya ada kuasa untuk memilih, jangan kerana diberi kain pelikat, basikal, wang ang paw atau buah oren, anda lupa hak anda, ingatlah undi anda menentukan kehidupan anak kecil anda hari ini, undi anda bukan semata-mata untuk anda sahaja. Walaupun kita orang kampung, jangan lah mudah diperbodohkan, fikir baik-baik sahabat, sampai bila mahu ditindas oleh pemimpin-pemimpin yang korup?