Isnin, 6 Mei 2013

Siapa yang bersalah? Mereka dan keluarga Cina mereka kah?

Najib buat kenyataan bahawa MCA dan parti komponan yang mewakili kaum Cina gagal menyekat Tsunami Cina. Ini adalah kenyataan yang berbau hasutan kerana seolah-olah orang cina memberontak melawan kerajaan Melayu.

Bukan Cina yang menyebabkan majority undi BN merosot tetapi dasar BN selama ini telah memakan diri.  BN atau paling tepat UMNO hanya tahu meneruskan dasar British yang memecahkan kelompok kaum terbesar di Malaysia iaitu  Melayu, Cina dan India.

Dasar ini memerlukan "program pemisahan kaum" sejak dari bangku sekolah.  Orang Cina di Sekolah Cina, India di sekolah Tamil dan Melayu di sekolah kebangsaan, oleh itu kalau berlaku rusuhan kaum, Umno yang harus dipersalahkan.

Umno hanya melaung slogan perpaduan dan terbaru 1Malaysia tetapi hanya slogan tanpa ada apa apa tindakan jangka panjang untuk menyatukan kaum kita yang berbilang bangsa.
Sekolah beasingan hanya memecahkan kaum dan membawa ke arah kegagalan komunikasi antara kaum.    Haiiii.... malas nak berleter panjang. Cuma tanyalah diri anda : Apakah yang kerajaan lakukan untuk menyatukan kaum di Malaysia?
 
Kenyataan Najib itu menyokong pendapat saya bahawa dia cuba mengapi-api semangat perkauman dengan menyalahkan kaum tertentu wal hal yang sepatutnya dipersalahkan ialah dasarnya yang hanya menabur duit untuk memancing undi. Yang sedihnya, ia langsung tidak dapat memancing undi orang Cina.  Kerana orang Cina kali ni bukan gilakan wang saku BN, walaupun mereka sangat mengira, dari segi politik orang Cina mahukan kerajaan yang bersih dan lancar supaya ia memberi peluang kepada mereka bersaing dengan adil dan saksama baik dalam perniagaan mahu pun dalam pendidikan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg bersalah adalah mereka yg lupa ttg syarat2 pemberian hak2 istimewa orang Melayu tg terpahat dlm Perlembagaan negara...

Tanpa Nama berkata...

Hak istimewa hanya untuk menipu orang Melayu, siapa perlu guna Bahasa Melayu? siapa perlu beli Tanah Rezab Melayu? Siapa perlu tukar agama? Siapa kena hukum Hudud? Siapa tubuh Mahkamah Syariah? Siapa perlu universiti tempatan?
Dapat beli Tanah rezab tapi harga murah, tiada pemaju yang berminat pun, Dapat masuk university, keluar, tak dapat kerja pun. Bijak berbahasa melayu, tak laku pun, minta kerja "fail", Agama pulak, kalau bersalah, hanya orang Melayu yang susah. Kenapa orang Melayu masih tak sedar...ini bukan tentang bukan Melayu lawan Melayu, ini adalah perjuangan untuk semua kerana hanya berkemampuan boleh memacu kejayaan!! Tak kira lah apa bangsa kamu...