Tafsiran Melayu hari ini adalah sangat subjektif dan berdasarkan Perlembagaan semata-mata. Jati diri sebenar Melayu memang tidak ada definisi khas, kerana Melayu sebenarnya datang dari Negara China (Yunnan) dan antara mereka menjadi pelaut dan petani dan sesetengah mereka digelar "Orang Laut" semasa pemerintahan Sultan Melaka. Pada awalnya kerajaan Melaka pun bukan beragama Islam dan mereka juga Melayu tetapi Melayu Hindu, Paramewara itu Melayu!
Tetapi kalau hari ini Parameswara masih hidup, dia bukan lagi Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia. Mengapa? Mengikut Perlembagaan Malaysia "Melayu" itu adalah mereka yang mengamalkan cara hidup melayu dan beragama Islam.
Sesiapa yang mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu seperti memakai kain sarong, amal adat resam Melayu dan beragama Islam dianggap "Melayu". Tak kiralah mereka ini baru datang ke Malaysia hari ini, asalkan mereka masuk Islam, boleh jadi mereka berasal dari Asia Barat, China, Jepun, Thailand, Kemboja, India, Eropah dan banyak lagi. Anak mereka boleh dapat tawaran ke UiTM, Biasiswa JPA, Kursus Matrikulasi dan Kursus-kursus yang dikhaskan untuk kaum Bumiputera. Cuba pula anda siasat apakah asal usul Perdana Menteri kita, adakah Tunku Abdul Rahman berasal dari Thailand, Mahathir dari Pakistan dan bakal PM baru seperti Anwar dari India... oops bukan Anwar tapi Khairy dari mana ? Macam Saudara Zahid H berasal dari Indon baru generasi kedua pun dah dapat status Bumiputra, saya yang sejak moyang lagi, lebih 5 generasi duduk kat sini pun tak dapat status Bumiputra. Ini sangat tidak adil kepada kaum lain yang bukan beragama Islam tetapi mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu seperti Cina Kampung di Kelantan, Cina Peranakan Melaka dan juga Kaum-kaum minoriti lain yang sudah berzaman tinggal di tanah ini.
Islam itu adil.
Islam tidak pernah menindas orang Bukan Islam, Nabi Muhammad s.a.w. semasa pemerintahan Islam di Madinah juga tidak pernah menidakkan hak orang Bukan Islam, malah orang Yahudi juga mendapat kedudukan yang sama seperti orang Islam ketika itu, bacalah Piagam Madinah. Agama Islam memang adil tetapi pemimpin Melayu yang korup dan pemalas sentiasa mencari jalan pintas untuk menghalalkan tindakan mereka. Ia telah mencemar nama baik agama itu sendiri. Itulah juga yang merosakkan kepercayaan kaum lain, sehinggakan orang Melayu sendiri berpecah kerana "sistem quota" ciptaan pemimpin-pemimpin Melayu negara ini. Mengucaplah wahai pemimpin-pemimpin Melayu, cubalah tiru kepimpinan Nabi, janganlah menghunus keris ke arah mereke yang lemah, bersainglah secara adil kalau berani, ingatlah pada tuhan.
Mengapa Peristiwa 13 Mei begitu penting dalam agenda politik negara? Sekiranya anda masih tidak faham, cuba selesaikan masalah ini.
Kita adakah huru-hara, lumpuhkan ekonomi orang Cina, ada-adakan cerita orang Cina dibunuh orang Melayu, orang Melayu bunuh Cina atau upah orang membuat kacau dan membunuh. Api-apikan orang Melayu dan api-apikan orang Cina sehingga pemimpin Cina bersetuju untuk berunding. Maka ajukan isu kekayaan yang tidak rata antara Orang Cina dan Melayu tanpa menghirau sesetengah kedudukan orang India yang jauh lebih miskin daripada orang Melayu. Pemimpin Melayu hanya "memegang" kepala-kepala Cina dan India untuk mencapai cita-cita politik mereka. Itulah yang dipanggil dasar "pecah dan perintah" atau Dasar "devide and rule". Pemimpin Cina masa itu telah "dibeli" dan senang sahaja untuk "diuruskan" agar bersetuju dengan Dasar Ekonomi Baru" yang kononnya digubal untuk membantu orang Melayu. Adakah kekacauan yang berlaku itu disengajakan atas alasan ketidakseimbangan ekonomi atau adakah ia sekadar mencari alasan untuk meraih kuasa melalui kekayaan ekonomi?
Timeline 1969-1973
1969
Late April – campaigning period sees clashes in Penang with an Umno worker killed.
May 9 – Funeral of Labour Party member in Kepong turns into show of strength by leftists.
May 10 – General Election is held resulting in Alliance Party losing its two-thirds majority, as well as the state legistatures of Kelantan and Penang. Perak and Selangor state assemblies are hung.
May 11&12 – Supporters of Gerakan and DAP go on victory processions, during which racial taunts are made.
May 13 – Umno organises counter procession beginning at the residence of Selangor Menteri Besar Datuk Harun Idris. Racial killings begin. Prime Minister Tunku Abdul Rahman addresses the nation. Curfew imposed in Selangor and Kuala Lumpur.
May 14 – State of Emergency declared as retaliatory killings continue. Officially 196 people are killed during this period, but unofficial estimates put the figure closer to 800-1,000.
May 16 – National Operations Council headed by Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak is appointed by Yang-Di-Pertuan Agong to carry out executive duties in place of suspended Parliament. Tun Dr Ismail is appointed Minister of Internal Security.
June 28 – Five people are killed in Malay-Indian clashes in KL.
1970 June/July – Elections in Sabah and Sarawak are held.
1971 Feb 21 –Parliament reconvened and National Operations Council dissolved. New Economic Policy launched to ensure a more equitable distribution of wealth among the races.
1972 January – Gerakan and PPP agree to work with Alliance in running Penang and Perak state governments respectively.
1973 January – PAS joins the Alliance, leading to formalisation of new coalition as Barisan Nasional.
Source: May 13 Before And After; May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969; Wikipedia (The Star Newspaper on 11 May 2008)
Dasar "Devide and Rule" yang diperkenalkan oleh British masih diteruskan hingga ke hari ini kerana Umno merasakan ia menguntungkan golongan elit Melayu, dengan hanya memegang Kepala Cina, Kepala India dan Kepala puak-puak pribumi Kadazan/ Dusun serta Kepala Dayak akan memudahkan tugas golongan Melayu elit untuk memerintah Malaysia. Tengoklah kesannya pada hari ini. Pemimpin-pemimpin Melayu boleh tersenyum melihat kejayaannya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Cina dan India.