Jawapannya tetap sama iaitu selalunya kerajaan itu tumbang kerana campurtangan asing, penglibatan orang dalam, kerana perempuan dan juga kerana angkuh, nafsu serta tamak haloba. Kepimpinan Najib juga menghadapi cabaran yang sama.
Mengapa Najib boleh jadi begitu? Bila pemimpin lupa diri dan asyik memikirkan kepentingan diri melebihi kepentingan Negara maka inilah yang berlaku. Terlalu banyak korupsi yang gagal ditangani Najib, beliau tidak dilihat sebagai cuba menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
Soal lembu, Perempuan Mongolia, 1MDB...aduh malas rasanya nak ulang-ulang.
Najib umpama harimau yang cedera di dalam hutan belantara, maka harimau lain pula cuba mengambil kesempatan di atas kecederaan itu untuk merampas kuasa melalui kempen-kempen, lobi melobi dan mungkin juga ugut mengugut semata-mata kerana melihat peluang terhidang di depan mata.
Ada harimau tua yang mahu anaknya mengambil alih kuasa memerintah,
Ada harimau yang mahu kawannya mengambil alih jawatan Ketua Harimau,
Ada harimau yang mencakar dari belakang...ada juga harimau yang jadi tali barut harimau lain.
Sememangnya itu lah kerja harimau. Sebab itu Confucius kata Politik itu kotor.
Sendiwara ini cukup memalukan kerana kita dibawa berbahas siapa yang salah dan betul, padahal kita patut tanya dasar mana yang betul dan dasar mana yang merugikan rakyat?
Bagi saya pemimpin patut merancang cara untuk
- membangunkan kawasan masing-masing, membuka peluang kerja melalui kemasukan pelaburan asing
- menyelesaikan masalah setempat seperti keperluan rumah untuk mangsa banjir di Kelantan
- menyelesaikan masalah sosial seperti dadah, rempit dan pecah rumah
- membincang isu-isu keselamatan kawasan perumahan
- membangun pendidikan negara, prihatin lah soal kebajikan pensyarah dan fikirkanlah cara memajukan rating universiti melalui meritokrasi dan bukan lagi Kuota. Universiti yang gagal mencari pendapatan melalui penyelidikan patut diberi amaran keras, jawatan-jawatan penting patut diisi oleh mereka yang layak bukan berdasar warna kulit dan kronisme.
- selesaikan masalah peniaga
- selesaikan masalah pekerja awam dan swasta
- selesaikan masalah kesihatan
- selesaikan masalah pendatang, penculikan dan pencerobohan asing.