Jumaat, 9 Disember 2011

Hadiah tahi kepada Lim Guan Eng...

"Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah “tahi manusia” itu dilihat terkedu dengan tindakan “luar batas” dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu." - sumber http://wootmedia.my/umno-penang-hadiahkan-tahi/


Sebenci mana pun kita kepada seseorang itu, kita perlu menilai diri sendiri dulu sebelum membuat sesuatu perkara seperti memberi replika tahi kepada orang lain.
Adakah kita ni sangat sempurna? Semasa kita berkuasa, adakah semua orang sayangkan kita?  Walaupun rakyat tak suka kerajaan dulu, mereka tidaklah perlu memberi tahi kepada kerajaan. Sampai aje pilihanraya, depa pakah DAP!

Kalau perkara ini menjadi teladan, maka ramai lah pegawai-pegawai kerajaan yang akan mendapat tahi di masa hadapan.
Mungkin di sekolah, murid memberi tahi kepada guru yang mereka tak suka.
Isteri memberi tahi kepada suami yang tidak lagi memberinya kebahagiaan.
Pengarah Jabatan mungkin mendapat tahi daripada kontraktor yang tidak mendapat tender.
Orang yang disaman polis memberi tahi kepada Pegawai Trafik.
Adakah ini budaya yang ingin dibentuk oleh kerajaan yang bakal menggantikan DAP di Penang?
Sudah tiada idea lain yang lebih baik daripada memberi tahi kepada staff kerajaan DAP?
Sepatutnya kita jangan menyalahkan orang lain kalau gagal mendapat kuasa, salahkan diri sendiri.  Kalau nak bantu mereka yang teraniaya, hulurkan bantuan, carikan tapak perniagaan baru untuk mereka, hulurkan derma, hulurkan nasihat kewangan, hulurkan doa selamat dan bukannya dengan memburukkan lagi keadaan.

Perbuatan ini patut jadi iktibar kepada pemimpin BN, jangan lah melantik pemimpin yang tidak berilmu sama ada ilmu kemanusiaan atau ilmu ketamadunan, kerana pemimpin begini hanya akan memberi imej yang lebih negatif di mata masyarakat.