Selasa, 17 Disember 2013
Nelson Mandela said "I have fought against white domination, and I have fought against black domination...
Apa yang dicakap oleh Mandela melambangkan keadilan sejagat...berani pulak sesetengah ahli politik mengaku yang mereka menyokong pegangan Mandela. Sedangkan mereka hanya menjaga sesetengah bangsa dan agama sebaliknya meminggirkan mana yang tidak sebangsa atau seagama dengannya.
Inilah yang dipetik daripada keratan akhbar tempatan baru-baru ini;
Prime Minister Najib Razak at the closing of UMNO’s annual congress on Saturday said his party fought for the same cause as Nelson Mandela.
UMNO, he said, should emulate South Africa's ANC party in protecting and nurturing a younger generation of leaders to continue its struggle.
Mr Najib said: "We are saddened and appreciative of him as a freedom fighter, a man of peace. We must pay him tribute because UMNO struggles on the same principle."
Saudara-saudari,
Fikirlah sendiri dengan akal dan fikiran anda, apakah perjuangan UMNO sama dengan Mendela atau UMNO itu seperti Parti Apartheid yang begitu "racist".
Awang menentang dominasi Cina, Awang juga menentang Dominasi Melayu...bercakap Cina kita pun tak fasih, menulis Cina pun tak reti tapi kita dipinggirkan sebagai warganegara kelas kedua!!
Ya kerana itu Awang bercakap melalui blog ini. Awang juga memberitahu isteri Awang, sekiranya Awang dipenjarakan iaitu selama 27 tahun dalam penjara seperti Mandela, sanggupkah isteri dan anak menunggu?
Nelson Mandela membantah dominasi orang putih yang menyeksa orang Afrika tetapi beliau juga tidak setuju sekiranya orang Afrika mendominasi dan menghalau orang putih. Inilah baru sebenarnya pemimpin yang adil dan rasional.
Hanya Malaysia mempunyai pemerintah yang menjalankan dasar melindungi puak Majoriti dan sebaliknya mengongkong puak minoriti. Dengan segala kemudahan yang ada dan peluang pelajaran yang sama, UMNO masih takut untuk bersaing secara adil. Yang lucunya, kuncu-kuncu yang bukan Melayu memperbodohkan orang bukan Melayu dengan janji-janji manis.
Di manakah perjuangan asal MCA, Gerakan, MIC dan semua komponen lain? bukankah tujuan parti ditubuh untuk melindungi kaum minoriti? Semua parti bukan Melayu sepatutnya keluar parti BN dan menubuhkan satu Parti berbilang kaum sahaja. Tolonglah lupakan sementara pangkat dan kekayaan. Rakyat memerlukan pemimpin yang tulen dan bukannya pemimpin yang masuk bertanding kerana nak dapatkan kontrak dan projek mega. Kehadiran terlalu banyak parti hanya mengelirukan rakyat dan menguntungkan ahli elit UMNO.
Saudara/ saudari,
Kita perlu membantah mana-mana dominasi kaum tak kira kaum apa kerana kita perlu maju melalui meritokrasi dan bukannya melalui kronisme dan nepotisma. Selagi ada sistem kuota dan pilih bulu selagi itu masyarakat Malaysia akan gagal.
Sudah sampai masa kita bangun menentang kerajaan yang tidak adil, tak kira itu parti pemerintah atau parti pembangkang, kita perlu diperintah oleh kerajaan yang telus.
Kita yang pilih kerajaan, kenapa kita merungut bila Bil elektrik naik, Kenapa kita marah bila Tol naik? Kenapa kita tak puas hati bila harga kereta tak turun, sedangkan minyak kereta naik...kalau kerajaan ini yang anda pilih, jangan marah!!
Anda boleh jadi pengundi yang jahil, atau anda boleh bangkit dan sedar bahawa andalah kerajaan sebenarnya, anda lah penentunya, bangunlah saudara-saudari dari mimpi ini....
Langgan:
Catatan (Atom)