Khamis, 8 Mei 2014

Hapuskan ruang "kaum" dalam borang permohonan rasmi kerajaan...mana mungkin!

BN akan menjadi tak releven sekiranya semua kaum bersatu padu. Tiada lagi MCA dan MIC. Tiada lagi parti Kadazan dan parti Dayak. Inilah yang paling ditakuti oleh pemimpin-pemimpin BN. Tetapi anehnya di manakah parti bukan Melayu yang melaungkan slogan 1 Malaysia.

Semua Dasar Perpaduan Negara hanyalah retorik dan tidak akan mencapai matlamat menyatukan semua rakyat Malaysia sampai bila-bila selagi UMNO hari ini berkuasa (kecuali ada reformasi dan revolusi dalam Umno sendiri).  Sayang sekali ramai masih jahil dengan hak mengundi yang ada dalam tangan masing-masing. Tidak berbuat apa-apa beerti kita akan terus menjadi bangsa yang lemah.  Tidakkah anda Nampak?
  • Air paip boleh kering
  • kapal terbang pun hilang
  • Stadium boleh runtuh
  • orang Sulu boleh masuk dan serang sewenang-wenang
  • pelancong Sabah kena culik berkali-kali
  • toll mahal gila
  • jalan jam gila
  • kereta mahal gila
  • rumah tak terbeli walau sekolah sampai menara gading
  • belum bekerja sudah berhutang
  • jenayah ada di mana-mana - dadah berleluasa
  • minyak kereta mahal walau kita pengeluar minyak
  • minyak masak pun mahal sama
  • import makanan berterusan, walau kita pengeluar barang pertanian
  • kualiti pelajar sangat teruk, kolej pun ada yang kena tutup
  • belajar kejuruteraan, sampai hari ini pun kena import enjin kereta,
  • motosikal sendiri pun tak boleh cipta, apatah lagi perahu dan kapal terbang!
  • TV satelit dimonopoli
  • elektrik dimonopoli
  • kemudahan internet dan telefon dimonopoli
  • kemudahan air dimonopoli
  • tak cukup lagi kah masalah kita...
Mengapa kita duduk dengan selesa? Kita hanya lah umpama katak yang direndam dalam air panas, lama-lama mati tanpa disedari...