Isnin, 2 September 2013

Minyak naik atau Naik Minyak?

Rakyat sudah naik minyak! Mengapa tidak?
Subsidi sudah menjadi alasan sekian lama untuk kerajaan menaikkan harga barang.

Minyak Petrol dan Diesel mahal tetapi kerajaan cakap I bagi subsidi...
Minyak masak mahal tetapi kerajaan cakap I bagi subsidi...
Kereta mahal tetapi kerajaan cakap I bagi proton dan Myvi...

Bolehkah kerajaan buang semua subsidi???? Tanpa Subsidi harga barang boleh jadi lebih murah!!  Kenapa? Tak percaya?

Minyak Petrol dan Diesel boleh lebih murah sebab kita pengeluar minyak,  maka PETRONAS bekalkanlah  minyak tempatan kepada orang tempatan, jangan guna minyak asing.
Menteri kata minyak kita lebih murah berbanding Thailand! Bodoh betul...minyak Thailand mahal, tapi kereta mereka lebih murah. Tapi kita di Malaysia harga minyak naik, harga kereta masih jugak mahal...mana logiknya!

Minyak masak boleh lebih murah sebab kita pengeluar kelapa sawit dunia, maka bekalkan untuk rakyat tempatan sebelum eksport selebihnya...


Kereta boleh lebih murah sebab tiada siapa perlukan duti import dan AP? AP hanya mengkayakan kroni dan Menteri,  kita perlu kenderaan terbaik, selamat dan berkualiti bukan kereta yang kononnya jenama "Nasional"...enjin Jepun, kerangka Jepun, semua Jepun tapi dibubuh logo tempatan...kadang-kadang lucu jugak rasanya bila terfikir bagaimana kerajaan boleh menipu rakyat begitu mudah...

Tidakkah anda rasa kerajaan berselindung di sebalik semua subsidi dan "keprihatinan" yang penuh dengan kepalsuan?

Hari ini Minyak naik? atau Rakyat naik Minyak?...