Bukan sahaja kemungkinan "Mat Sabu" itu buta sejarah, malah ramai lagi ahli politik yang rata-rata buta sejarah lebih-lebih lagi ahli politik Malaysia. Semua yang mencebur politik bukannya berpelajaran tinggi, tidak seperti negara Eropah dan Negara Maju yang lain, seseorang yang ingin berpolitik perlu mempunyai kelayakan tinggi setidak-tidaknya ijazah pengajian tinggi.
Itu pun sebelum mereka memegang jawatan kabinet, kalau ingin jadi Menteri Kewangan, mestilah ada pengetahuan baik dalam ekonomi, akaun, kewangan dan perdagangan.
Nak jadi Menteri Pertahanan mestilah ada latar belakang tentang Persenjataan, Ketenteraan, Hubungan Luar Negara, Sejarah serantau dan Diplomatik.
Begitulah juga jawatan-jawatan penting lain yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Apakah ahli politik kita ada pengetahuan secukupnya?
Tak apa kalau bodoh, masih ada peluang, lihatlah pulak ahli politik negara maju, lihatlah barisan pemimpin Kabinet Singapore, lihatlah negara Eropah, berapa orang penasihat di sekeliling mereka untuk memberi nasihat sebelum ahli politik mengeluarkan kenyataan, mereka ada penasihat undang-undang, kewangan, penasihat kesihatan & imej, penasihat teks ucapan, penasihat peribadi dan penasihat taktikal/ kempen pilihanraya. Lihatlah ahli politik kita, adakah mereka bersungguh-sungguh untuk berpolitik dan memenangi hati rakyat?
Apakah yang sudah dilakukan oleh pemimpin kita untuk mendapat mandat rakyat? cuma duit poket, kain pelikat, ang pau dan hamper...sungguh menyedihkan.
Zaman politik sudah berubah tetapi mereka masih di takuk lama. Rakyat sekarang tak boleh diperlekehkan kerana zaman internet ialah zaman kita memerdekakan minda untuk menilai sendiri apa yang dilihat, tidak seperti zaman dahulu bila semua orang lari lintang pukang bila ada yang menjerit "hantuuuuu...". kerana mereka terima bulat-bulat tanpa menilai sendiri apakah ia benar atau tidak.
Sejarah itu sangat subjektif, semua orang boleh melontar pandangan mereka tentang sesuatu peristiwa mengikut perspektif masing-masing.
Mat Sabu boleh mengangkat sesiapa sahaja untuk menjadi Wira, kerana itulah kebenaran dari sudut pandangan beliau. Tetapi seorang yang waras akan berfikir dan mencantas sebarang idea dan pandangan yang berlawanan dengan pendapatnya. Jadi, persoalan yang timbul adalah, apakah kebenaran dan keadilan dari perspektif Mat Sabu boleh diterima?
Jika seorang sanggup membunuh secara terang-terang tak kira wanita atau kanak-kanak. bolehkah kita anggap dia wira?
Jika seorang membunuh atas alasan politik, idealisme, kepercayaan dan tuhan sekalipun, dia bukan lagi seorang wira. Dulu memang ada budaya mengorbankan manusia untuk menyembah tuhan, konsep mengorbankan orang untuk kepentingan orang lain adalah kepercayaan lapuk yang sepatutnya dikutuk. Malah budaya ini sudah pupus. Pembunuhan orang awam amatlah tidak bertanggungjawab kerana itu timbul istilah "terrorisme" untuk mereka yang mensabotaj kemudahan awam, membunuh wanita dan kanak-kanak tak berdosa. Kalau berani, tak payah sembunyi-sembunyi...
Kesimpulannya, kita ada kumpulan pelampau yang penuh beremosi. Kita juga ada golongan pemimpin yang tidak bersekolah, inilah resepi paling baik untuk ke arah dunia yang jahanam...Kalau rakyat masih memilih pemimpin ikut perasaan dan emosi, maka itulah yang mereka dapat kerana "kerajaan" itu adalah "rakyat" dan "rakyat" itu adalah "kerajaan".