Sekarang kawan sudah tak boleh diharap...
nasib baik ada pendatang baru di seberang,
kalu tidak BN rebah meniarap...
kerana Semenanjung dah tinggal sehelai sepinggang.
rajin-rajin lah menjenguk jiran di sana...
jangan dilupa jasa mereka,
namun buat baik berpada-pada...
jangan lupa komponen yang ada.
Beruk di hutan disusukan,
anak sendiri kelaparan,
dengar kuat guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan.
Cinta atas dasar wang, manakan boleh bertahan,
Cantik di mata bukan berkekalan,
Cantik di budi, kekal abadi.
Kuat Ideologi, kuat lah Parti,
yang tempang boleh berlari.
yang mati pun boleh berdiri..batin nya lah ya!
Kawan,
Sayang sekali tiada lagi yang nampaknya mengikut parti kerna Ideologi,
Sama ada mereka buta ilmu atau buta hati,
Rata-rata masuk parti kerana seagama, sebulu atau kerna kebendaan,
jadi, masing-masing jaga diri, jaga kawan sendiri, kaum sendiri dan bukan negara!
Hakikat inilah kita mempunyai pemimpin yang lemah dan korup,
kurang pelajaran, kurang pengetahuan, untuk membina ekonomi Negara...
tanpa ekonomi yang kuat, sosialnya boleh jatuh, Negara boleh tergadai.
wawasan tinggal wawasanlah nampaknya...
Selasa, 22 Oktober 2013
Isnin, 21 Oktober 2013
MCA di ambang kejatuhan?
Sudah tiada apa lagi nak dipegang,
ranting yang rapuh tak mampu bertahan lama,
perjuangan lama tidak lagi relevan,
apa perlunya parti yang mewakili kaum kerana kita bukan berada di zaman perang.
bukan semua Cina itu ahli MCA tetapi semua MCA itu Cina!
Jadi, MCA mewakili siapa? Puak-puak cina yang kaya melalui BN?
Jawatan tiada, maknanya poket sudah kosong,
sungguh susah bila kehilangan kuasa,
tiada lagi peruntukan, tiada lagi kepentingan,
mana ada lagi pengikut kalau sudah tidak berduit,
perjuangan MCA nampaknya sudah sampai ke pinggiran.
Sejarah membuktikan kepentingan politik, ekonomi dan social selalu berubah.
di zaman perang, kita mencari puak untuk berlindung, terkadang mencari agama untuk dipegang...
Di zaman senang, semua mencari kroni untuk membina harta...
yang ada "lubang" itu kawan, yang tiada "jalan" itu buat apa berkawan.
Huh..mungkin ramai tak mengaku, tapi inilah hakikat hdup.
bulu sama tak semestinya boleh bersama...
malah yang sesama agama, ada yang masih berperang.
MCA bangunlah dari mimpi ngeri.
ubahlah strategi,
BN bukan sehidup semati..
tetapi satu hidup dan satu mati...

Langgan:
Catatan (Atom)