Selasa, 22 Oktober 2013

Kenangan bersamamu..masih relevenkah Ideologi mu?

Sekarang kawan sudah tak boleh diharap...
nasib baik ada pendatang baru di seberang,
kalu tidak BN rebah meniarap...
kerana Semenanjung dah tinggal sehelai sepinggang.

rajin-rajin lah menjenguk jiran di sana...
jangan dilupa jasa mereka,
namun buat baik berpada-pada...
jangan lupa komponen yang ada.

Beruk di hutan disusukan,
anak sendiri kelaparan,
dengar kuat guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan.

Cinta atas dasar wang, manakan boleh bertahan,
Cantik di mata bukan berkekalan,

Cantik di budi, kekal abadi.
Kuat Ideologi, kuat lah Parti,
yang tempang boleh berlari.
yang mati pun boleh berdiri..batin nya lah ya!

Kawan,
Sayang sekali tiada lagi yang nampaknya mengikut parti kerna Ideologi,
Sama ada mereka buta ilmu atau buta hati,
Rata-rata masuk parti kerana seagama, sebulu atau kerna kebendaan,
jadi, masing-masing jaga diri, jaga kawan sendiri, kaum sendiri dan bukan negara!

Hakikat inilah kita mempunyai pemimpin yang lemah dan korup,
kurang pelajaran, kurang pengetahuan, untuk membina ekonomi Negara...
tanpa ekonomi yang kuat, sosialnya boleh jatuh, Negara boleh tergadai.
wawasan tinggal wawasanlah nampaknya...

Tiada ulasan: