Jumaat, 7 November 2014

Rakyat Malaysia sudah pokai...PTPTN? Rumah? Kereta? Minyak? Tol?

Mak kata belajar tinggi-tinggi,
Boleh jadi kaya suatu hari nanti,
Maka bersungguh kita pergi mengaji,
Harap-harap boleh masuk Universiti,

Ohh..dapat result bukan main hapi,
Wajah di muka berseri-seri,
Kerana usaha, akhirnya dapat membuktikan diri,
tapi aku tak berpuas hati,

Memang dapat masuk Universiti ,
malangnya, belajar bukan lagi free, kos perbelanjaan pulak ditanggung sendiri,
Kononnya dibantu PTPTN dan kerajaan yang disayangi,
Habis aje belajar baru tahu... mati...duit sana, duit sini,
Belum bekerja dah hutang berlambak, inikah dia kerajaan yang disayangi.
Inilah nasib pelajar hari ini,
walau belajar tinggi-tinggi, kita dihimpit mimpi ngeri,

bagaimana nak hidup senang,
belum berkereta sudah kehabisan wang!
Apa tidaknya...kereta mahal, rumah pun mahal,
Gaji diterima tak cukup makan,
Minyak petrol dah lah satu hal,
tol sana tol sini menambahkan beban!

Ada ijazah pun tak guna,
gaji masuk seperti petir, sekali pandang terus hilang,
kita hidup menongkah arus, bukan suka tetapi terpaksa,
hidup kini memang terseksa...

Pokai, pokai, pokai....rakyat Malaysia makin pokai!

masa depan sangat gelap, betul kah ada rakyat berpendapatan tinggi?
rumah berjuta siapa yang mampu? Along? Tokey Judi? atau Pegawai Tinggi?
gaji pengurus pun belum tentu...
apatah lagi baru keluar U?
jawabnya duduk menyewa atau menumpang!

duit pokai tiada yang tahu,
selalu aje makan mee segera,
ya..kadang-kadang roti kosong sedap lah juga.

Wahai saudara dan juga saudari,
Adakah anda sependapat atau hanya saya siswazah yang pokai?