Ahad, 25 Mei 2014
Hudud bukan rukun Islam
Ustaz kena bagi ceramah sikit dengan orang Kelantan yang fanatik dengan politik tu.
Dalam setiap agama, ada kumpulan yang melampau sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Tetapi kita sebagai pengamal agama mestilah sentiasa ingat apa-apa yang melampau hanya akan membawa keburukan kepada semua pihak.
Bukan sahaja dalam agama, semua perkara yang kita buat bila melampau ia boleh memberi kesan negatif, walau pun perkara itu dikatakan perkara baik.
Bak kata pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Buat baik pun jangan terlampau baik kerana anda boleh mengubah keadaan menjadi lebih buruk.
Sayang anak itu baik, tapi bila terlalu sayang maka yang terhasil adalah anak yang manja dan "kurang ajar".
Kerana agama itu satu isu yang sensitif, hanya orang Islam sahaja boleh menegur orang Islam.
Ini bukan perkara baru, kerana setiap agama perlu melalui tempoh kematangan (maturity) seperti apa yang berlaku kepada Kristian di zaman kegemilangan "Bishop" yang memerintah kerajaan Eropah sehinggakan Raja hanya menjadi simbol sahaja, yang benar-benar berkuasa ialah ulamak Kristian. Banyak orang dibunuh kerana dikatakan bersekongkol dengan syaitan, banyak wanita dibakar kerana dikatakan ahli sihir.
Orang hitam / negro dibunuh kerana sikap racist mereka yang menganggap orang Hitam hanya hamba, langsung tidak setaraf dengan mereka (walau pun bukan semua orang Kristian fikir begitu).
Saintis juga dipenjara kerana teori-teori mereka bercanggah dengan tafsiran dalam Bible (tafsiran-tafsiran dibuat mengikut kefahaman ulamak itu sendiri).
Kekejaman yang berterusan akhirnya mencetuskan revolusi di kalangan orang Kristian sendiri. Perubahan yang berlaku telah mengakhiri zaman kegemilangan ulamak Kristian. Agama itu sendiri kemudian menjadi lebih "sederhana" dan mudah diterima walaupun dakwah-dakwah mereka masih bersifat agresif.
Sains dan agama tidak boleh bersama.
Ini juga berlaku dalam Islam kerana "agama" tidak begitu dinamik seperti sains. Walaupun pada awalnya orang Islam yang menemui banyak ilmu matematik dan sains, ia tidak boleh berkembang kerana penemuan-penemuan baru akan menunjukkan bahawa agama itu buatan manusia di mana tulisan-tulisan kitab akan bercanggah dengan sains. Ulamak enggan mengalah kerana terlalu berpegang kepada tafsirannya sahaja. Ulamak yang cetek ilmu hanya lah dipanggil "street smart" yang bersikap "defensive" dan mudah melatah / "react". Hanya melalui ilmu terkini dan "diuli" bersama nilai-nilai agama, barulah agama akan menjadi lebih dinamik dan mengurangkan konflik sesama manusia.
Tulisan saya terlalu ke depan dan sukar diterima anda di hari ini, tetapi apa yang saya tulis hari ini akan menjadi realiti di masa hadapan. Agama Islam akan menjadi agama yang sederhana dan tidak ditakuti lagi oleh orang Bukan Islam. Cuma masanya belum sampai...
Langgan:
Catatan (Atom)