Selagi Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain tidak bersatu, selagi itu Barisan Nasional masih relevan. Kita tidak boleh sekolah bersama, makan bersama, main bersama, tinggal bersama, apatah lagi tidur bersama.
Mungkin anda tidak faham kerana anda tidak pernah mengkaji sejarah politik Negara ini.
Semua dasar yang ada adalah peninggalan British. Kita masih menggunakan sistem yang sama di mana semua kaum tidak boleh dibiarkan bersama.
Mamat hendak ke sekolah agama atau sekolah kebangsaan, Ah Kow mestilah ke sekolah Cina dan Muthu pula mestilah ke sekolah Tamil. Akhirnya Mamat akan menjadi ketua di sekolah Melayu, Ah Kow Ketua Murid di sekolah Cina dan Muthu pula menjadi pemimpin kawan-kawan India. Dengan itu, semua akan masing-masing mengikut Parti yang seagama, sekulit dan sebulu dengannya. Maka inilah yang diperlukan untuk BN kekal relevan.
Mengapa ketua kaum Cina melaung-laung meminta peruntukan sekolah Cina ditambah? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Begitulah jahilnya rakyat Malaysia. Mintalah sekolah mengikut kaum apa pun, BN pasti luluskan. Sekolah Singh, sekolah Iban, sekolah Kadazan biarpun sekolah Siam. Selagi rakyat tidak bersatu, maka sampai bila-bila Malaysia kekal dijajah, bukan oleh orang asing tetapi oleh dasar penjajah yang masih diguna sampai hari ini.
Siapa yang tubuh Mahkamah Syariah? Siapa yang tubuh Majlis Raja-Raja? Siapa yang melantik Kapitan Cina? Siapa yang melantik Ketua-ketua kaum? Semua badan-badan ini hanya alat untuk mengawal pergerakan kaum-kaum di Negara ini. Untuk menyatu mereka dibawah payung-payung kecil yang mudah dikawal.
Sampai bila kita mahu begini? Kita tidak boleh ditadbir oleh satu-satu kaum, kita mesti ditadbir oleh mereka yang berkebolehan dan berkaliber, tak kira dia tu Melayu, India atau Cina atau namanya mungkin Samy, Ah Lim atau Obama.
Bangunlah wahai kawan, kita perlu perubahan, tak perlulah berpuak-puak. Semua NGO yang mewakili kaum hanyalah sendiwara politik, bukan satu-satu kaum yang tertindas, kita semua yang tertindas, tertipu dengan slogan dan mainan politik...
Saya mahu melihat suatu hari kita akan ada satu sekolah untuk semua bukan lagi sekolah Melayu, Cina, India. Supaya suatu hari nanti kita akan berkawan bukan kerana kulit dan agama tetapi kerana percaya dan yakin dengan persahabatan yang terjalin sejak di zaman sekolah. Kita akan mengangkat pemimpin-pemimpin tulen yang berwibawa mentadbir Negara ke arah kesamarataan dan kemakmuran sejagat melalui meritokrasi dan bukannya warna kulit.
Sabtu, 16 Mac 2013
Jumaat, 15 Mac 2013
Bila "Bukan Bumi" Gugur Mempertahankan Bumi
Selangkah demi selangkah kita belajar,
cuba untuk tidak membeza-beza, antara kulit dan juga fahaman budaya,
namun manusia susah mengerti, biarpun kita mati demi mereka,
mereka masih buta hati. tamakkan kuasa manusia alpa..
Kerana politik dan juga kuasa, manusia lupa mana permata, mana kaca,
kerana agama manusia terpisah, biar dulu kita adik kakak,
biar dulu kita adalah anak bapak, kerana fahaman, ikatan darah tercerai berai...
mahukan undi, kita menghalalkan apa yang haram,
masuklah secara haram, kita menjemput hingga ke tangga,
mahukan kemenangan, kita memecah tara,
tamakkan kuasa manusia lupa...
Walau mempertahankan nyawa semua,
kita masih warganegara kedua,
anak tidak berbapa, isteri menjadi balu kerana kesilapan manusia berkuasa.
meritokrasi belum terjamin,
masa depan tidak pasti,
kerana kita warganegara kelas kedua!
Buat Abangku di Lahat Datu...
cuba untuk tidak membeza-beza, antara kulit dan juga fahaman budaya,
namun manusia susah mengerti, biarpun kita mati demi mereka,
mereka masih buta hati. tamakkan kuasa manusia alpa..
Kerana politik dan juga kuasa, manusia lupa mana permata, mana kaca,
kerana agama manusia terpisah, biar dulu kita adik kakak,
biar dulu kita adalah anak bapak, kerana fahaman, ikatan darah tercerai berai...
mahukan undi, kita menghalalkan apa yang haram,
masuklah secara haram, kita menjemput hingga ke tangga,
mahukan kemenangan, kita memecah tara,
tamakkan kuasa manusia lupa...
Walau mempertahankan nyawa semua,
kita masih warganegara kedua,
anak tidak berbapa, isteri menjadi balu kerana kesilapan manusia berkuasa.
meritokrasi belum terjamin,
masa depan tidak pasti,
kerana kita warganegara kelas kedua!
Buat Abangku di Lahat Datu...
Langgan:
Catatan (Atom)