MCA sudah sesat dan tak payah nak cakap pasal parti komponen lain yang kononnya menjaga hak Cina di Malaysia. Sehingga hari ini MCA adalah Parti yang menjadi pak turut kerana sudah kenyang dengan "habuan" yang disediakan oleh Umno.
MCA seperti anjing di dalam Hutan, apa saja yang dimakan oleh Harimau, ditinggallah sikit untuk anjing-anjing hutan. Ada yang lebih bagilah kat Gerakan, MIC, Progresif...
Pemimpin MCA gagal membela nasib kaum Cina. MCA gagal menyekat langkah-langkah Umno untuk menindas rakyat Malaysia. MCA tahu dasar-dasar Umno seperti Projek Penswastaan, Pensyarikatan, Dasar Automotif, Dasar Ekonomi Baru dan dasar dasar lain...semuanya menindas rakyat kerana semua itu membawa kepada peningkatan kos dan inflasi.
Harga kereta dulu kurang daripada RM 20,000 pada tahun 1984 naik sampai RM 40,000. Bukankah itu namanya penindasan. Di manakah MCA, MIC, Gerakan dan parti yang kononnya membela nasib rakyat. Penyelewengan dalam pemberian AP dan keuntungan PETRONAS..oh banyak lagi cukup membuat rakyat kecewa.Tak payah nak sebut banyak. Fakta ini saja sudah cukup untuk menunjukkan kegagalan parti MCA.
Projek penswastaan seperti Lebuhraya - PLUS dan projek pensyarikatan yang mewajibkan pelantikan orang Melayu sebagai pengarah dalam syarikat yang dia sendiri pun tak tahu menahu...bukankah melucukan!!
MCA juga ketandusan pemimpin, semua penakut dan tiada "telur". Tetapi yang penting bagi MCA ialah wang. kerana Umno memberi cukup wang untuk menutup mulut ketua-ketua parti Komponan, maka Umno sangat berjaya dalam mengekang pemberontakan dalam BN itu sendiri.
Saya pernah memberi respond kepada Koh Tsu Koon dalam jamuan makan malam, supaya Gerakan berundur dari BN semasa kempen 2008 tetapi dia tidak pernah "mendengar" kerana terlalu selesa dengan kedudukan dan pangkat, sedangkan semua rakyat termasuk orang Penang sudah muak dengan tindak tanduk BN terutama umno.
MCA juga rasa selesa dan angkuh, tetapi masih belum terlambat untuk keluar BN dan menyertai Pembangkang sebelum menerima nasib yang sama seperti Gerakan kerana rakyat tidak akan memaafkan mereka kecuali mereka sudah "menyucikan diri" dan bertaubat...iaitu melawan Umno - sekarang!!