Semua Dasar Perpaduan Negara hanyalah retorik dan tidak akan mencapai matlamat menyatukan semua rakyat Malaysia sampai bila-bila selagi UMNO hari ini berkuasa (kecuali ada reformasi dan revolusi dalam Umno sendiri). Sayang sekali ramai masih jahil dengan hak mengundi yang ada dalam tangan masing-masing. Tidak berbuat apa-apa beerti kita akan terus menjadi bangsa yang lemah. Tidakkah anda Nampak?
- Air paip boleh kering
- kapal terbang pun hilang
- Stadium boleh runtuh
- orang Sulu boleh masuk dan serang sewenang-wenang
- pelancong Sabah kena culik berkali-kali
- toll mahal gila
- jalan jam gila
- kereta mahal gila
- rumah tak terbeli walau sekolah sampai menara gading
- belum bekerja sudah berhutang
- jenayah ada di mana-mana - dadah berleluasa
- minyak kereta mahal walau kita pengeluar minyak
- minyak masak pun mahal sama
- import makanan berterusan, walau kita pengeluar barang pertanian
- kualiti pelajar sangat teruk, kolej pun ada yang kena tutup
- belajar kejuruteraan, sampai hari ini pun kena import enjin kereta,
- motosikal sendiri pun tak boleh cipta, apatah lagi perahu dan kapal terbang!
- TV satelit dimonopoli
- elektrik dimonopoli
- kemudahan internet dan telefon dimonopoli
- kemudahan air dimonopoli
- tak cukup lagi kah masalah kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan