Jawapannya tetap sama iaitu selalunya kerajaan itu tumbang kerana campurtangan asing, penglibatan orang dalam, kerana perempuan dan juga kerana angkuh, nafsu serta tamak haloba. Kepimpinan Najib juga menghadapi cabaran yang sama.
Mengapa Najib boleh jadi begitu? Bila pemimpin lupa diri dan asyik memikirkan kepentingan diri melebihi kepentingan Negara maka inilah yang berlaku. Terlalu banyak korupsi yang gagal ditangani Najib, beliau tidak dilihat sebagai cuba menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
Soal lembu, Perempuan Mongolia, 1MDB...aduh malas rasanya nak ulang-ulang.
Najib umpama harimau yang cedera di dalam hutan belantara, maka harimau lain pula cuba mengambil kesempatan di atas kecederaan itu untuk merampas kuasa melalui kempen-kempen, lobi melobi dan mungkin juga ugut mengugut semata-mata kerana melihat peluang terhidang di depan mata.
Ada harimau tua yang mahu anaknya mengambil alih kuasa memerintah,
Ada harimau yang mahu kawannya mengambil alih jawatan Ketua Harimau,
Ada harimau yang mencakar dari belakang...ada juga harimau yang jadi tali barut harimau lain.
Sememangnya itu lah kerja harimau. Sebab itu Confucius kata Politik itu kotor.
Sendiwara ini cukup memalukan kerana kita dibawa berbahas siapa yang salah dan betul, padahal kita patut tanya dasar mana yang betul dan dasar mana yang merugikan rakyat?
Bagi saya pemimpin patut merancang cara untuk
- membangunkan kawasan masing-masing, membuka peluang kerja melalui kemasukan pelaburan asing
- menyelesaikan masalah setempat seperti keperluan rumah untuk mangsa banjir di Kelantan
- menyelesaikan masalah sosial seperti dadah, rempit dan pecah rumah
- membincang isu-isu keselamatan kawasan perumahan
- membangun pendidikan negara, prihatin lah soal kebajikan pensyarah dan fikirkanlah cara memajukan rating universiti melalui meritokrasi dan bukan lagi Kuota. Universiti yang gagal mencari pendapatan melalui penyelidikan patut diberi amaran keras, jawatan-jawatan penting patut diisi oleh mereka yang layak bukan berdasar warna kulit dan kronisme.
- selesaikan masalah peniaga
- selesaikan masalah pekerja awam dan swasta
- selesaikan masalah kesihatan
- selesaikan masalah pendatang, penculikan dan pencerobohan asing.
5 ulasan:
Selamat sejahtera...sy bru terjumpa blog ini dan sy berminat sgt dengan cara penyampaian dan fakta saudara..boleh sy tau bagai mana sy ingin berhubng dgan saudara..sebabnya..bukan saudara sahaja yg nampak hanya revolusi sahaja yg dpt pulihkan negara ni..sy pun menyokong revolusi sepenuhnya..di mana..transformasi yg di buat oleh najib sendiri dan juga reformasi di laungkan oleh anwar sendiri sudah tidak relevant lagi..harap saudara..boleh email sy...sebab ade jugak persoalan yg sy nk tanya kan pada saudara berkenaan...revolusi di malaysia ni..
Saudara Zahir,
Terima kasih kerana melawat blog saya yang tak seberapa ini, saya hanya meluahkan apa yang perlu kerana saya terlalu bimbang akan masa depan Anak-anak Malaysia yang semakin berjauhan dari hari ke hari. Malah dalam Umno pun ada penyokong Melayu dan penyokong Mamak. Mengenai email saya, saya lebih suka jika segala persoalan dibincang dalam blog ini agar dapat dikongsi bersama-sama pelawat lain. Tiada jawapan yang seelok-eloknya dan tiada jawapan yang salah semuanya, cuma kita perlu menghormati pendapat orang lain sebagaimana orang menghormati pendapat kita.
Saudara awang...terima kasih kerana membalas komen sy...haha..takpa sy faham..betul juga..apa yg saudara ckap ilmu perlu dikongsi....cuma sy hendak bagi cadangn pada saudara...untuk membuat catatan..mengenai dua perkara yg sy hendak sebut ni...tetapi sebelum tu...ingin sy lontarkan satu persoalan di mana masih releven lagi kah sistem beraja di negara ini...??sebab bagi sy sudah tidak lagi releven..dan harapan sy agar saudara dapat membuat article tentang perkara tersebut..agar pembaca blog ni faham dan bukakkan minda mereka di mana...raja hanyalah satu pembaziran dan penipuan semata...yg kedua...sy pernah buat kajian..di mana...tiga perkara yg membuat kan seseoramg pemimpin dari pihak kerajaan mahupun pembangkang lupa akan..maksud sebenar perjuangan rakyat...iaitu Tamak, Reputasi dan Hipokrit...di sebabkan 3 perkara ini lah...pihak kerajaan dan pembangkang...hanya menggunakan..."perjuangan rakyat" sebagai tiket untuk meraih simpati serta memnuhi agenda parti tersendiri...harap saudara..dpt membuat article mengenai dua perkara yg sy cadangkn tersebut...terima kasih saudara..awang...sy ucapkan...
Saudara Zahir,
Terima kasih kerana memahami niat penulisan blog ini, sukacita juga saya mendengar cadangan/ komen saudara tentang sistem beraja negara ini. Tidak senang bagi seorang berdarah Melayu untuk menidakkan sistem beraja, seolah-olah ia sudah melekat dalam DNA orang Melayu, mungkin juga kerana filem-filem dahulu kala seperti filem P.Ramlee yang mengagung-agungkan kedudukan Sultan dan Raja-raja. Malah buku Hikayat Melayu meletakkan kedudukan Raja seperti anak Tuhan atau Dewa. Melawan Raja adalah menderhaka...
Saudara juga seorang pengkaji Sejarah, saya andaikan saudara juga pernah menuntut di Kolej / Universiti kerana pengetahuan saudara yang tidak kurang hebatnya.
Perjuangan saya terbatas kepada penulisan Blog kerana saya tidak menemui satu Parti yang benar-benar dapat memperjuangkan kepentingan semua kaum. Saya pernah memberi "usul-usul yang ke depan" kepada pemimpin-pemimpin politik melalui Konvensyen Parti tetapi semuanya hanya mahu menjaga periuk nasi daripada kepentingan rakyat.
Saya akan menulis lebih banyak bila masa mengizinkan. Terima kasih.
Blog ini membuka minda dan mempunyai banyak kebenaran nya..
Catat Ulasan