Jumaat, 24 Julai 2015

Kegagalan pentadbiran BN membawa kepada rusuhan kaum di Low Yat


Tragedi Low Yat walaupun tidak menyebabkan kematian mana-mana pihak, ia patut menjadi pengajaran kepada Negara, lihatlah betapa rapuhnya perpaduan antara kaum dan betapa mudahnya emosi manusia dapat dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

Yang paling menyedihkan dalam peristiwa ini ialah ada orang cuba "menangguk di air keruh".  Mereka cuba menghasut orang Melayu agar merusuh dan cuba mendapatkan publisiti murahan ekoran kejadian di Low Yat. Sepatutnya mereka meredakan keadaan tetapi mereka mengapi-apikan orang Melayu untuk memukul orang Cina sambil menggunakan laungan "Allah" untuk membangkitkan lagi semangat Assabiyah.


Polis gagal membantu mangsa yang dipukul bertubi-tubi.  Polis tidak bersedia  untuk menangani masalah sebegini walaupun ini hanya melibatkan kes yang kecil. Di manakah FRU dan anggota-anggota lain?  Bayangkan bila kekacauan yang lebih besar terjadi, macam mana Polis nak mengawal keadaan?

BN patut dipersalahkan dalam rusuhan ini, Dasar Perpaduan Negara dan Sistem Pendidikan Negara gagal berfungsi untuk menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, Cina di sekolah Cina, India di sekolah India, Melayu di sekolah Melayu, terlalu banyak prajudis antara kaum ini sehinggakan mereka mudah terpedaya untuk merusuh memukul kaum lain. Ini hanyalah permulaan, bersedialah untuk rusuhan lebih teruk kiranya BN tidak berubah. Malaysia hanya perlukan satu sekolah untuk semua kaum.

Kita bukannya binatang untuk dilaga-lagakan, Sistem persekolahan hari ini umpama reban ayam laga yang dididik untuk berlawan ayam dari reban lain.
Saya menuntut hanya satu aliran sekolah sahaja untuk semua kaum, kita perlu bersatu sejak budak dan bukannya hanya berjumpa kaum lain semasa bekerja atau membeli belah.
Sekolah aliran English patut dikembalikan, saya pasti ramai yang akan menghantar anak ke sekolah aliran English berbanding aliran Melayu, Cina atau India. Kalau perpaduan tidak dipupuk sejak awal nescaya Bumi Malaysia tidak akan aman seperti "Bom Masa" yang boleh meletup bila-bila masa sahaja.

Saudara Najib,
Inilah peluang untuk membetulkan keadaan, Najib boleh menjadi Hero rakyat Malaysia kerana laungan 1 Malaysia masih keramat kalau Najib menghayati semangat Satu Malaysia. Mulakan lah dengan melantik Menteri Pendidikan Baru, mulakan reformasi pendidikan satu Malaysia aliran English.

Semuanya bermula dengan Mahathirisme yang memecah-belahkan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, Mahathir telah menulis surat memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman dan menyebabkan Tunku meletak jawatan. Dasar mesra kaum Tunku terkubur selepas itu dan rakyat semakin berpecah selepas Mahathir berkuasa.

Inilah peluang untuk menghapuskan Mahathirisme, hapuskan polisi meMamakkan rakyat Malaysia, tidak cukupkah orang  Pakistan, Bangladesh dan India Muslim yang menikmati taraf Bumiputera kerana mereka didefinisikan Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, sedangkan kaum Peranakan yang tinggal di Malaysia lebih 200 tahun dipinggirkan.

Kembalikanlah martabat Melayu yang terkenal dengan sopan dan adab resamnya. Bersatulah dengan Raja-raja Melayu yang progresif dan dinamik.  Asimilasikan rakyat Malaysia menjadi satu Bangsa, mungkin kesalahan-kesalahan yang lalu menjadi tidak penting dan dimaafkan rakyat Malaysia. Kita perlukan Bapa Perpaduan dan Bapa Meritokrasi bukannya Bapa 1MDB.

Tiada ulasan: