Khamis, 3 April 2008

Kemiskinan Bukan Dilabel Pada Warna Kulit Dan Kaum.

Adakah ini orang Melayu? Tidak saudara-saudari, ini muka orang Cina yang sudah berzaman duduk di Kelantan dan sudah sebati dengan adat resam orang Melayu, sesetengah tahu tulis dan baca Jawi dan sedikit ayat Al -Quran walaupun dia bukan Islam. Mereka inilah sebenarnya orang Malaysia kerana mereka tidak lagi bertutur seperti orang Cina di China atau orang Cina di Taiwan, sesetengah mereka tidak tahu pun bercakap bahasa Cina dengan fasih, bahasa harian mereka ialah bahasa Cina campur Melayu campur Siam. Mereka adalah golongan "minoriti dalam minoriti", orang Cina MCA tidak mengiktiraf mereka Cina, orang Melayu tidak mengiktiraf mereka Melayu, jadi siapakah mereka? Merekalah bangsa Malaysia!!!



Adakah ini rumah orang Melayu? Tidak saudara-saudari, bukan semua Cina hidup senang, bukan semua Melayu hidup susah, samalah juga bagi kaum India dan kaum-kaum lain. Oleh itu, kenapa DEB hanya membantu orang Melayu? DEB sepatutnya menjadi dasar dalam membantu semua rakyat miskin, tak kira dia Melayu ke, India ke, Cina ke atau orang Asli. Kita hanya melihat orang kulit putih buli orang kulit hitam, orang Rusia tindas orang Islam Chenya dan contoh paling dekat sekali ialah orang Thai Buddhis tindas orang Islam di Selatan Thailand, tetapi kita lupa atau buat-buat lupa, kita sendiri menindas rakyat sendiri, kita sendiri menilai rakyat melalui warna kulit. Kuman diseberang sungai kita nampak, tapi gajah di depan, kita tak nampak. Itulah, patutlah BN kalah baru-baru ini.
Sumber gambar-gambar di atas:
Bernama.com Malaysian National News AgencyFading Heritage of Kelantan Peranakan Chinese FeaturesSeptember 28, 2006 10:12 AM By Noor Hammad Wariman

Tiada ulasan: