"Presidennya, P. Gunaseelan berkata, sumbangan itu diberikan bagi mengurangkan beban tanggungan kedua-dua keluarga itu yang telah kehilangan tempat bergantung sejak setahun lalu.
Beliau mendakwa, kebajikan keluarga berkenaan telah diabaikan dan mereka tidak mendapat bantuan secukupnya daripada pihak yang berkenaan.
“Contohnya, balu kepada mendiang Lans Koperal Jayabalan Jayakrishan iaitu Malini Venugopal hanya memperoleh RM1,000 daripada tabung kebajikan polis, RM12,000 daripada hasil perkhidmatan selama sepuluh tahun mendiang suaminya sebagai polis, RM5,000 daripada kerajaan negeri Melaka dan wang pencen sebanyak RM332 sebulan.
“Jumlah ini adalah tidak berbaloi dengan sumbangan mereka kepada masyarakat, apatah lagi dalam keadaan kenaikan kos sara hidup pada masa kini,’’ katanya selepas majlis penyerahan cek kepada balu anggota polis itu di sini hari ini.
Pada 25 Oktober tahun lalu, dua anggota polis, Jayabalan Jayakrishan dan Alagesan a/l Mariyappan terkorban selepas ditembak semasa menjalankan operasi membanteras jenayah dadah.
Jayabalan meninggalkan seorang balu, Malini Venugopal, 28, dan seorang anak, Keertika, 5, manakala Alagesan pula meninggalkan seorang balu, Kalaivani a/p Seerangasamy dan dua orang anak; Agilan, 10, serta Jeevan, 8.
Gunaseelan berkata, PPRM akan membela nasib kedua-dua keluarga itu dan akan memastikan mereka memperoleh bantuan yang sepatutnya.
“Kami telah menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk meminta pihak kerajaan supaya memberi bantuan kepada keluarga ini.
“Kerajaan harus peka dan simpati terhadap keluarga anggota polis yang terkorban semasa menjalankan tugas,’’ tegasnya.
Beliau menambah, permohonan skim pendidikan percuma yang mereka pohon juga ditolak atas alasan bantuan itu hanya untuk kakitangan polis yang berpendapatan kurang RM700 sebulan." - Sumber: Utusan Online bertarikh 11/08/2008.
Polis dan tentera berjuang bermati-matian... Anak-anak mereka bukan bumiputera, mereka berkorban demi negara tetapi apa terjadi bila mereka terkorban semasa mempertahankan negara, melawan musuh, melawan penjenayah... tiada apa-apa yang dapat diperkatakan, kerajaan memang menzalimi mereka. Dah lah mati sia-sia...anak-anak tidak akan terbela kerana mereka tiada quota istimewa untuk ke universiti, isteri perlu bekerja lebih keras untuk membeli rumah dengan harga lebih tinggi, tanah pula rata-rata rezab Melayu, yang freehold harganya berkali ganda, mencari kerja di jabatan kerajaan pula bukanlah mudah kerana warna kulit/ kronisme dan nepotisme menjadi kayu pengukur. Bolehkah anda terima fakta ini? Ini bukan pembohongan tetapi kenyataan yang menghantui penduduk bukan Bumiputera...
1 ulasan:
Ini tidak wajar, barangsiapa berkhidmat untuk negara, jangan dikira jika bumiputeranya, kerna dek putranya, bumi bertuah ini gagah dijuangkan, kesal membaca cerita ini, tapi apakan daya? Mungkin yang bijak pandai di parlimen bolih mengorak rencana terbaik untuk kita semua?
Ramai cerdik pandai Melayu sejak dari dulu mahukan sistem meritokrasi
Tongkat disedari cuma akan melemahkan anak cucu kami, biarlah mereka berasa sedikit kesusahan seperti mana orang lain, agar tahu erti syukur dan menghargai apa yang ada..
Masalahnya, adakah orang atas fikir tentang perkara ini? Ya, ada, perlaksanaan juga ada, sedikit demi sedikit berdasarkan fakta hak Keistimewaan Orang Melayu seperti mana didalam Perlembagaan, seperti mana disebut Kontrak Sosial, perjanjian orang tua kita sampai ke anak cucu
Saya kira Meritokrasi sudah semakin diperluas sehingga hari ini, cuma masih ada diperbataskan mengikut haknya
Kita semua adalah serupa, tapi tak sama..
Catat Ulasan