Sabtu, 6 September 2008

Orang Melayu atau mereka yang mendefinisi diri sebagai Melayu masih angkuh!

Saturday September 6, 2008

Dr M: Why must Malay leaders say sorry?

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad has questioned why Malay leaders were apologising over a remark deemed as racist by an Umno leader.

He said non-Malay leaders never apologised when similar racist remarks were made by members of their community.

The former prime minister said in his blog (www.chedet.com) the Malays were so scared of being labelled racist that they even wrote in Malay papers that the Malays were not racists.

He was referring to the apology by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak made on behalf of Umno over a racist statement by Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail.

sumber : http://thestar.com.my/news/story

Memang Dr. M berjasa dari segi pembangunan fizikal kerajaan Malaysia yang lepas tetapi semua landasan dan batu asas yang dibina beliau telah merosakkan keupayaan orang Islam Malaysia (atau mereka yang menggelarkan dirinya Melayu) untuk melonjak ke peringkat yang tinggi dari segi daya saing dan keupayaan modal insan.

Walaupun moyang saya sampai dulu ke Tanah Melayu berbanding Dr. M, beliau menikmati apa yang dinikmati oleh mereka yang bergelar Bumiputera kerana saya bukan beragama Islam. Tak apa...tapi saya sangat kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia yang masih angkuh dengan kedudukan dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka.

Apakah tidak cukup dengan segala keistimewaan, kemewahan, subsidi dan kuota yang diberikan kepada "orang Bumiputera" Malaysia?

Mereka tidak perlu belajar serajin orang Cina dan India kerana mereka ada kuota ke Universiti.

Mereka tidak perlu modal besar untuk berniaga kerana ada MARA, dan agensi kerajaan lain untuk memberi modal, kadang-kadang hutang tak bayar pun tak apa.

Mereka tidak perlu simpan duit sebanyak kita, sebab beli rumah pun dapat diskaun.

Mereka tidak perlu sesusah kita mencari tanah , sebab banyak tanah rezab Melayu.

Mereka tidak sepayah kita mencari ilmu, sebab agensi kerajaan bersedia memberi latihan percuma. Tapi kalau bukan Bumi, kena minta surat rekomen dari Penghulu Kerajaan.

Mereka tidak takut anak-anak susah, sebab anak mereka pun Bumiputera.

Tak malu langsung, dah lah kita kena bayar income tax banyak-banyak untuk menampung subsidi dan perbelanjaan golongan Bumi, dahlah kita yang menyara hidup mereka, mereka tak henti-henti nak membangkitkan api perkauman...sedarlah wahai kawan!

Petikan ini sangat menarik;

"Jika mengikut definisi kata-kata Ahmad dari UMNO Bkt Bendera:

Moyang rakyat malaysia keturunan Cina ialah Pendatang.
jadi, rakyat malaysia keturunan Cina ialah Pendatang.

jika ini disetujui , maka ..
Ayahanda Tun Dr. Mahathir berasal dari Kerala, India,
Ayahanda Tun Dr. Mahathir ialah pendatang.
Maka, Tun Dr. Mahathir ialah pendatang. keturunan Tun juga ialah pendatang.

http://www.chedet.com

Tiada ulasan: