Ahad, 27 November 2011

Kajian populariti parti selalu syok sendiri...

Berita hari ini merujuk UiTM dan institusi pengajian tinggi lain digunakan untuk mengkaji populariti parti Umno, katanya Umno sekarang menjadi lebih popular di bawah kepimpinan
Najib dan puak muda semakin rapat dengan Umno, tapi Umno tidak pernah serik dengan laporan-laporan sebegini yang amat diragui ketepatannya.
Tidak mampukah Umno nak mendapatkan khidmat pihak swasta atau laporan pihak ketiga untuk membuat kajian menyeluruh supaya kita dapat tahu cerita sebenar, tanpa ada sebarang isu berat sebelah.
Memang semua ini tidak penting bagi saya, tetapi ini menunjukkan mentaliti kelas ketiga yang masih menghantui pentadbiran negara.  Ia juga membayangkan cara dan pemikiran warga berita dan warga pentadbir yang masih berpolitik di takuk lama.
Inikah propaganda yang berjaya? atau memang Umno tiada strategi langsung!
Masyarakat hari ini sudah maju dan berilmu, bolehkah kerajaan bergerak lebih bijak dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak lagi dok syok sendiri...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatkah lagi kita di zaman Pak Lah, semasa dia masih syok kat atas...semasa nak sampai hari mengundi, rata-rata laporan risikan diterima mengatakan BN akan menang kerana kebanyakan orang kampung menyokong kerajaan.
Sudha banyak habuan dibuang ke kawasan-kawasan mengundi, membuatkan Pak Lah , Koh Tsu Kun, Ong dan Sammy Vellu jadi over confident...tapi lihatlah keputusannya, sungguh memalukan sehingga semua top gun jatuh menyembah bumi, melihat realiti dunia yang tidak lagi menyebelahi mereka...tapi adakah mereka sudah insaf? Sekarang kalau nak makan kuay tew di penang, kalau nak makan kuey tew tanpa telur, mereka order kuey tew koh tsu kun... sungguh memalukan.