Selasa, 20 Ogos 2013

Malaysia di zaman kejatuhannya...

Kerajaan bermegah dengan bangunan pencakar langit,
Gah dengan kemewahan hasil titik peluh rakyat jelata,
Bumi dikokok digali bertubi-tubi, tapi yang makmur diri sendiri,
Keringat mengalir tanpa bernokhtah, aduh!!  hidup bukan bertambah baik...

Kita dipukau oleh propaganda media,
Seperti Barat menguasai orang Arab, kita umpama "puppet" yang tak bertali...
Pembangkang juga tidur, seolah berdrama mengaburi yang nyata,
Mana intan, mana besi karat, semua nampak sama saja kerana hidup bukan bertambah baik...

Sejarah Kejatuhan Negara semua sama saja,
Bermula dengan kemewahan melampau, mimpi tak bertepi,
Miskin bertambah miskin, yang "berada" cuma bertahan, yang kaya terus bermaharajalela,
Bila hasil kekeringan, semua dijual digadai kerana hidup bukan bertambah baik...

Harimau kini tiada bergigi, bendahara mula berkuasa,
Simpanan hari tua sekarang pun diguna,
Tiada apa yang tinggal lagi, makin hari, makin terdesak,
Esok pasti kehilangan semua kerana hidup bukan bertambah baik...

Tiada ulasan: