Sabtu, 15 Mac 2008
Bangsa yang menipu untuk kemajuan diri tidak akan pergi jauh...
Pengalaman saya sebagai rakyat Malaysia sangat menyedihkan dan menyakitkan hati. Saya rasa tertipu apabila ibu bapa saya selalu menegaskan "belajarlah bersungguh-sungguh supaya anak dapat mencapai cita-cita anak...boleh jadi lawyer, akauntan, doktor, arkitek dan banyak lagi...". Tapi semuanya bagai mimpi sahaja. Saya begitu bersungguh-sungguh bila belajar, saya conteng semua dinding bilik tidur, bilik belajar malah bilik mandi penuh dengan tulisan kata kunci subjek yang hendak diduduki dalam peperiksaan. Boleh kata saya tiap-tiap malam membancuh kopi satu balang untuk tujuan berjaga supaya tidak mengantuk apabila membaca. Tetapi semuanya hanya sia-sia bukan kerana keputusan peperiksaan saya teruk, saya pernah bergelar pelajar terbaik semasa menduduki peperiksaan SRP dan kemudian kedua terbaik untuk SPM, semuanya tiada makna kerana sistem quota kerajaan Malaysia yang mengongkong dan mendiskriminasi kaum bukan Melayu seperti saya. Saya tidak ditawarkan kursus yang saya minati di Universiti. Keluarga saya pula tidak mampu menghantar saya ke universiti swasta dan saya akhirnya terpaksa menerima tawaran kursus ijazah yang langsung tidak mencabar bagi saya...kalau anda berada di tempat saya, apakah perasaan anda? Saya dikorbankan supaya orang yang malas dan lemah dalam pelajaran diangkat untuk belajar apa yang mereka sendiri pun lemah. Akhirnya, institusi yang melahirkan graduan-graduan ini turut menjadi lemah sehingga menjatuhkan nama baik institusi pengajian tinggi negara ini. Kalau anda anak jantan, marilah bersaing secara adil dan saksama. Bangsa dibina dari jati yang benar dan jujur, bukan menipu untuk kepentingan diri. Bangsa yang tidak boleh berdikari hanya seperti telur di hujung tanduk, seperti retak menanti belah... kita tak akan mampu bersaing sekiranya menipu diri sendiri!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan