Orang bukan Melayu terutama orang Cina dan India adalah rakyat kelas kedua.
Orang bukan Melayu membeli rumah pada harga lebih tinggi.
Orang bukan Melayu susah naik pangkat kalau berkhidmat dengan kerajaan seperti kata Adibah Radzi... tak kira apa jua sektor atau di mana jua sektor itu berada.
Orang bukan Melayu juga memegang senjata ( terutama Polis dan Tentera ) mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan melindungi semua bangsa dan kaum tetapi anak-anak mereka pun dilayan sebagai rakyat kelas kedua. Lebih menyedihkan sekiranya orang bukan Melayu gugur semasa berperang atau ditembak penjenayah, nasib anak-anak mereka tidak terbela kerana mereka masih rakyat kelas kedua.
Orang bukan Melayu selalu mengalah...
Beli tanah pun susah, itu rezab Melayu, ini rezab Melayu.
Anak mamak yang baru masuk generasi kedua dapat taraf Bumiputra, sedangkan orang Cina Peranakan yang tinggal lebih 5 generasi di sini masih menjadi masyarakat kelas kedua, malah mereka dapat menulis Jawi dan mengamalkan cara hidup Melayu lebih baik daripada golongan mamak itu sendiri...Takkan lah rupa hitam legam pun mengaku dia Melayu..tengoklah rupa menteri Melayu yang hitam legam seperti bekas menteri pelancongan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, kot-kot orang ingat dia menteri pelancongan India... Jadi apa itu Melayu sebenarnya?
Orang bukan Melayu selalu mengalah...
Bila orang bukan Melayu masih nyenyak tidur, bunyi Azan pagi mengejutkan mereka, ada sesetengah orang Melayu sengaja memasang pembesar suara kuat-kuat sehingga memaksa orang bukan Melayu berpindah rumah. Tetapi bila ada kuil yang membunyikan loceng sembahyang mereka, orang Melayu terus membantah sehingga berlaku pergaduhan.
Orang bukan Melayu selalu mengalah...
Dalam bilik darjah orang bukan Melayu selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selalu dapat kedudukan terbaik dalam kelasnya, tetapi bila sampai ke peringkat memohon tempat pengajian tinggi, kawan Melayunya yang selalu mendapat tempat tercorot dalam kelas pula terpilih untuk kursus-kursus yang profesional seperti Jurusan Undang-undang, Kejuruteraan, Kedoktoran dan Perakaunan. Pelajar bukan Melayu yang cemerlang hanya ditawarkan kursus yang tidak sepadan dengan kelayakan dan pencapaiannya berbanding kawan-kawan Melayunya yang lain. Apakah perasaan anda sekiranya pelajar cemerlang itu ialah anak anda atau anda sendiri?
Ya...orang bukan Melayu selalu mengalah!
1 ulasan:
Ya, saya sokong pendapat Awang. Orang bukan Melayu selalu mengalah, ditindas secara halus. Walau apapun, penindasan yang berlaku ini telah menjadikan rakyat kelas kedua lebih berdaya saing (lebih competitive) sebab ia berkait rapat dengan "survival". Dan apakah yang telah terjadi dengan kaum yang dilindungi? Tidakkah mereka menjadi semakin lemah dan semakin hari semakin "defensive"? Apabila rakyat kelas kedua yang mencari kekayaan dengan tulang empat kerat mereka berjaya, menyerlah, ada sahaja yang bermata merah, menuduh mereka mencuri kekayaan yang kononnya hak Melayu, walhal kekayaan atau kejayaan tidak akan datang menggolek tanpa diusahakan.
Catat Ulasan