Senario jalan raya hari ini;
- Jalan sempit - lebuhraya dua (2) lorong sudah ketinggalan zaman.
- Jalan berlubang - sampai ada orang mati kerananya.
- Jalan berselekoh bahaya - selekoh sempit dan curam
- Tiada tanda amaran mencukupi
- Tiada kajian mendalam untuk memperbaiki mutu jalan raya
- Kontraktor yang membaiki jalan kadang-kadang perlu pinjam peralatan untuk membina jalan, ye tak? Salah siapa sudah tak penting...
Tetapi semenjak tugas JKR kini dipikul oleh Menteri Baru, kita mahu lihat apakah perubahan yang bakal beliau lakukan?
Impian kita yang paling utama ialah melihat adanya "Lebuh Raya AutoBahn Malaysia".
Tetapi kita cukup puas hati sekiranya kerajaan mampu memberi ;
- Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Kota Bharu, mesti sekurang-kurangnya empat (4) lorong dari mula sampai akhir.
- Lebuh raya Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, mesti sekurang-kurangnya empat (4) lorong dari mula sampai akhir.
- Lebuh raya ke mana-mana Bandar Besar, mesti empat lorong. Tengok jalan di Thailand, walaupun mundur sedikit, tetapi jalan raya dari selatan Thai ke Bangkok begitu kemas, lurus dan lebar.
Macam mana kita hendak membuat kereta yang berkuasa tinggi kalau kita tiada trek untuknya.
Projek Mega seperti membina bangunan, tugu, litar lumba dan jambatan bengkok menjadi tidak penting sekiranya kita tidak mempunyai jaringan jalan raya yang lebar dan kukuh serta selamat.
Tolonglah turun padang semasa cuti perayaan atau cuti sekolah, bawalah kereta sendiri dan rasailah bagaimana memandu di Jalan Raya Malaysia, cubalah guna jalan-jalan yang anda gelar "lebuh raya" itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan