Sampai bila nak berperang?
Sampai bila nak bermandi darah?
Tidak adakah benda lain yang lebih afdal daripada berperang?
Mengapa perlu berperang?
Perlukah jajahan sekangkang kera itu?
Perlukah jajahan itu untuk berjaya dalam hidup?
Perlukah jajahan itu untuk hidup aman?
Perlukah jajahan itu untuk segala-galanya?
Tidak cukupkah tanah seluas-luas bumi ini?
Mengapa perlu berebut sepetak tanah yang berpuaka?
Tanah berdarah anak-anak kecil, wanita dan mereka yang tidak berdosa?
Tiadakah tanah lain yang lebih subur dan aman?
Adakah dendam boleh membawa keamanan?
Adakah membalas dendam membawa kemakmuran?
Bolehkah bunuh-membunuh menenangkan roh yang mati?
Perlukah membunuh untuk agama?
Adakah agama yang menyuruh umatnya membunuh?
Apakah jenis agama yang suka melihat manusia mati berperang?
Tidakkah agama menyuruh kita berdamai?
Perlukah kita mati kerana agama?
Tidak bolehkah Palestine bekerja keras?
Tidak bolehkah orang Palestine mencari ilmu?
Tidak bolehkah orang Palestine mencari kekayaan?
Tidak bolehkah orang Palestine berdikari?
Tidak bolehkah hantar anak bersekolah?
Tidak bolehkah anak mengejar ilmu dan teknologi?
Mengapa ada anak merusuh di jalanan?
Mengapa bawak anak bila pergi menunjuk perasaan?
Sampai bila nak dibantu?
Sampai bila nak menagih simpati?
Sampai bila nak merusuh?
Sampai bila nak membuang masa?
Bolehkah Palestine membuka peluang ekonomi?
Bolehkah Palestine mencari kekayaan untuk rakyatnya?
Bolehkah Palestine bekerjasama dengan dunia Islam yang maju?
Bolehkah Palestine maju?
Bolehkah tanah tidak dijadikan alasan?
Bolehkan kawasan jajahan dijadikan alasan?
Bolehkah Palestine akui kegagalan sendiri?
Bolehkah kepentingan Modal Insan melebihi kepentingan kawasan?
Bantulah Palestine,
Bantulah mereka untuk sedar bahawa Dunia ini luas,
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!!
Bantulah Palestine mencari ilmu dan pendidikan,
Berilah mereka kesedaran.
Kalau kita berpelajaran, berwang dan berilmu, maka jajahan mana yang tak dapat kita tawan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan