Jumaat, 26 September 2014

Nasib seorang pejuang negara...

Abang saya baru menerima anugerah kerana menentang pengganas yang menyerang dan membunuh orang kita, orang Malaysia.
Namun terfikir di benak saya apakah yang diperjuangkan untuk negara ini setimpal dengan apa yang negara lakukan untuk beliau dan keluarga beliau.
Apakah yang akan terjadi kalau beliau terbunuh ketika menentang pengganas?
Bininya akan menjadi Balu.
Anaknya akan kehilangan Bapa.
Yang paling menyedihkan ialah mereka akan kehilangan sumber pendapatan utama.
Abang saya bukan bumiputera, tetapi memperjuangkan kedaulatan negara tanpa menyoal langsung tindakan kerajaan yang memperlakukan beliau sebagai bangsa kelas kedua...
Rumah beliau bukan ada diskaun, tanah rezab Melayu? Sorry beliau tak boleh beli.
Anak nak masuk Universiti Awam? Sorry anda Bukan Bumiputera...perlu ikut Kuota Bukan Melayu...
Nak minta bantuan kewangan untuk berniaga? Sorry untuk orang Bumiputera sahaja.
Kontrak kerajaan? Sorry untuk orang Melayu juga walaupun tafsiran Melayu itu hanya melalui perlembagaan...orang Pakistan pun boleh dikatakan Melayu asalkan Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan hidup cara Melayu.

Malaysia perlu berubah, kita begitu membenci negara barat tetapi negara barat tidak pernah melindungi golongan majoriti, malah melantik ahli Senator untuk melindungi golongan minoriti.

Siapa yang memperjuangkan nasib anggota keselamatan negara Bukan Melayu yang menggadai nyawa untuk negara yang hanya mengiktiraf mereka sebagai warganegara kelas kedua? Jawabnya tiada!

Pembangkang dan Pemerintah Kerajaan BN hanya mementingkan diri, semua sendiwara hanya berlegar-legar semata-mata untuk kuasa dan kekayaan diri. Kita perlu ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan dan memperjuangkan nasib golongan minoriti yang tertindas.
Kita mempunyai terlalu banyak parti sehinggakan membingungkan rakyat, kita perlu bangun dan membina sistem 2 parti untuk kepentingan Negara dan kepentingan golongan monoriti.  Ikatan parti yang lemah seperti Pakatan Rakyat dan Ikatan olok-olok Parti BN hanya memperlihatkan rakyat diperbodohkan dengan isu-isu remeh yang tiada kepentingan komersil.

Wahai kawan-kawan semua kita perlu perjuangkan sistem 2 Parti!
Pendirian Parti perlu lebih objektif dalam perjuangan sama ada anda penyokong yang fanatik atau sederhana, sama ada anda pro agama ataupun anda pro sekular. Kalau kita tidak dapat tetap pendirian, bagaimana kita nak mengurus negara? Demokrasi separuh jalan hanya akan mengakibatkan kelemahan pentadbiran dan memecah belah rakyat sehingga tiada perpaduan serta keruntuhan sistem sosial.

Berita di Media elektronik mahupun Suratkhabar, semuanya hanya membincangkan politik BN dan Pakatan yang membuang masa, sedangkan kita dahagakan maklumat seperti berita ekonomi, keselamatan, peristiwa yang boleh memberi pengajaran, yang memberi kesan positif ataupun isu-isu semasa dunia. Inilah yang diingini oleh pentadbiran kerajaan yang lemah...supaya propaganda politik melekat di minda rakyat dari bangku sekolah hinggalah ke rumah. Namun, rakyat hari ini tidak sebodoh dulu, internet telah membuka pemikiran kita dan di sini sahaja peluang kita mendapat ilmu sebenar, merasa, melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling kita.

Malaysia perlu berubah! Siapakah pemimpin yang boleh membantu kita? Di manakah "the one" yang mampu memimpin kita sebagai satu Bangsa?


Tiada ulasan: