Walaupun topik ini lebih kepada mainan politik antarabangsa, dan bukan Revolusi Malaysia, saya tidak dapat memendam rasa untuk berkongsi maklumat ini kerana ini telah melibatkan ramai rakyat Malaysia yang tertipu dengan konsep ketuhanan IS. Orang Malaysia diberi tiket palsu ke Syurga dan mereka tidak menyedarinya, sungguh sedih...
Nampaknya mainan politik orang Iran juga berbisa seperti mana orang Yahudi. Iran telah berjaya membuat satu percaturan yang menarik. Ia satu konspirasi bertaraf Dunia.
Ternyata emosi manusia sangat rapuh dan mudah dipergunakan. Kini terdapat ramai golongan fanatik yang sedia berkhidmat atas nama Allah.
Amerika pula setelah sekian lama menjadi penghalang projek Nuklear Iran kini menjadi lembik dan ketakutan, tidak seperti yang digambarkan dalam filem-filem Hollywood mereka. Apapun sikap Amerika, ia kini terdesak untuk menghapus IS walaupun terpaksa bekerjasama dengan musuh lama iaitu Iran.
Menggunakan orang Islam yang fanatik, Iran telah berjaya menghasilkan hulu balang - hulu balang Islam dengan kos yang minimum. Iran hanya perlu mencari, merekrut dan melatih mereka berperang melalui proxy / pihak ketiga, ini tidaklah susah kerana penganut fanatik ini hanya diberi tiket sehala atau "one way ticket". Setelah sampai di medan perang maka susahlah mereka untuk kembali ke Tanah Air termasuklah rakyat Malaysia, apatah lagi kalau yang pergi ke Syria itu perempuan, sekiranya dikahwinkan dengan orang Arab yang terkenal dengan sikap ganas dan tidak bermoral, wanita selalu ditindas dan diperhambakan untuk memuaskan nafsu orang lelaki. Mereka tidak banyak berubah sejak Zaman Jahilliah...
Kalau telah dirogol dan dijadikan hamba seks, siapa nak balik jumpa ibu bapa atau kawan-kawan di Malaysia?
Amerika bersikap penakut dan sikap Obama yang kini mencari populariti dengan kempen mengelakkan peperangan, Kempen Kesihatan Negara yang dilancarkan beliau sebelum ini telah menurunkan ratingnya dengan teruk.
Kekejaman IS ditayangkan dalam YouTube untuk menakutkan Amerika dan Sekutunya.
Sengaja ditunjukkan pembunuhan kejam termasuk acara memenggal kepala orang Jepun, Jordan dll.
Iran juga memberikan gambaran bahawa mereka juga musuh IS. Oleh itu, IS musuh Iran, maka Iran dan Amerika adalah kawan?
Maka, Iran berjanji akan membanteras IS bersama Amerika, ini tidaklah susah bagi Iran kerana semua selok belok IS ciptaannya boleh dimusnahkan dengan mudah. Syarat untuk Iran membantu Amerika ialah dengan membenarkan Iran meneruskan pembinaan loji Nuklear yang telah lama diidamkannya...
Iran kini hampir berjaya memaksa Amerika agar membenarkan Iran membina loji Bom Atomnya.
Orang Yahudi yang sememangnya bijak telah nampak niat Iran sejak mula. Mereka melobi anggota Senat Amerika agar tidak menyokong Obama untuk membenarkan loji senjata Nuklear dibina di Iran.
Kalau anda adalah muslimin dan muslimah yang fanatik itu, mengucaplah banyak-banyak sebelum ke Syria. Anda hanyalah diperalatkan oleh orang Arab untuk kepentingan politik mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan