Percubaan PM untuk menaikkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu hanya memburukkan lagi semangat Nasionalisme kerana Parti yang memperjuangkan satu kaum akan bersikap pilih bulu lalu memingkirkan kaum lain.
Kiranya, Umno mahu menjaga golongan Bumiputera, mengapa sampai hari ini orang Asli masih kemunduran? Apakah Kuota untuk orang asli di Universiti? Kuota orang asli dalam perkhidmatan awam? Apa? orang Asli tu bodoh? Jadi, orang Melayu tu cerdik?
Perpaduan sepatutnya disemarakkan antara semua kaum kerana Kerajaan mewakili semua kaum. Kalau kerajaan hanya melaungkan Hidup Melayu! maknanya Mati Bukan Melayu?Mati Kadazan, Mati Dayak? Mati Dusun?
Sebagai pemimpin Kerajaan, PM patut lebih sensitif.
Kalau ini sengaja dilakukan oleh PM, maka saya merasakan PM bermain dengan taktik lama yang sudah lapuk, strategi ini tidak lagi "up to date". USA pun sekarang sanggup memilih pemimpin kulit hitam sebagai Presiden, sedangkan Umno masih lagi bermain "politik kampong".
MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN di Sabah Sarawak masih belum bangun-bangun, masanya sudah tiba untuk Rakyat memilih kerajaan baru yang boleh menjaga kebajikan Rakyat dengan lebih baik, bukan hanya rakyat Melayu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan