Jumaat, 7 November 2014

Rakyat Malaysia sudah pokai...PTPTN? Rumah? Kereta? Minyak? Tol?

Mak kata belajar tinggi-tinggi,
Boleh jadi kaya suatu hari nanti,
Maka bersungguh kita pergi mengaji,
Harap-harap boleh masuk Universiti,

Ohh..dapat result bukan main hapi,
Wajah di muka berseri-seri,
Kerana usaha, akhirnya dapat membuktikan diri,
tapi aku tak berpuas hati,

Memang dapat masuk Universiti ,
malangnya, belajar bukan lagi free, kos perbelanjaan pulak ditanggung sendiri,
Kononnya dibantu PTPTN dan kerajaan yang disayangi,
Habis aje belajar baru tahu... mati...duit sana, duit sini,
Belum bekerja dah hutang berlambak, inikah dia kerajaan yang disayangi.
Inilah nasib pelajar hari ini,
walau belajar tinggi-tinggi, kita dihimpit mimpi ngeri,

bagaimana nak hidup senang,
belum berkereta sudah kehabisan wang!
Apa tidaknya...kereta mahal, rumah pun mahal,
Gaji diterima tak cukup makan,
Minyak petrol dah lah satu hal,
tol sana tol sini menambahkan beban!

Ada ijazah pun tak guna,
gaji masuk seperti petir, sekali pandang terus hilang,
kita hidup menongkah arus, bukan suka tetapi terpaksa,
hidup kini memang terseksa...

Pokai, pokai, pokai....rakyat Malaysia makin pokai!

masa depan sangat gelap, betul kah ada rakyat berpendapatan tinggi?
rumah berjuta siapa yang mampu? Along? Tokey Judi? atau Pegawai Tinggi?
gaji pengurus pun belum tentu...
apatah lagi baru keluar U?
jawabnya duduk menyewa atau menumpang!

duit pokai tiada yang tahu,
selalu aje makan mee segera,
ya..kadang-kadang roti kosong sedap lah juga.

Wahai saudara dan juga saudari,
Adakah anda sependapat atau hanya saya siswazah yang pokai?





Jumaat, 26 September 2014

Nasib seorang pejuang negara...

Abang saya baru menerima anugerah kerana menentang pengganas yang menyerang dan membunuh orang kita, orang Malaysia.
Namun terfikir di benak saya apakah yang diperjuangkan untuk negara ini setimpal dengan apa yang negara lakukan untuk beliau dan keluarga beliau.
Apakah yang akan terjadi kalau beliau terbunuh ketika menentang pengganas?
Bininya akan menjadi Balu.
Anaknya akan kehilangan Bapa.
Yang paling menyedihkan ialah mereka akan kehilangan sumber pendapatan utama.
Abang saya bukan bumiputera, tetapi memperjuangkan kedaulatan negara tanpa menyoal langsung tindakan kerajaan yang memperlakukan beliau sebagai bangsa kelas kedua...
Rumah beliau bukan ada diskaun, tanah rezab Melayu? Sorry beliau tak boleh beli.
Anak nak masuk Universiti Awam? Sorry anda Bukan Bumiputera...perlu ikut Kuota Bukan Melayu...
Nak minta bantuan kewangan untuk berniaga? Sorry untuk orang Bumiputera sahaja.
Kontrak kerajaan? Sorry untuk orang Melayu juga walaupun tafsiran Melayu itu hanya melalui perlembagaan...orang Pakistan pun boleh dikatakan Melayu asalkan Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan hidup cara Melayu.

Malaysia perlu berubah, kita begitu membenci negara barat tetapi negara barat tidak pernah melindungi golongan majoriti, malah melantik ahli Senator untuk melindungi golongan minoriti.

Siapa yang memperjuangkan nasib anggota keselamatan negara Bukan Melayu yang menggadai nyawa untuk negara yang hanya mengiktiraf mereka sebagai warganegara kelas kedua? Jawabnya tiada!

Pembangkang dan Pemerintah Kerajaan BN hanya mementingkan diri, semua sendiwara hanya berlegar-legar semata-mata untuk kuasa dan kekayaan diri. Kita perlu ahli politik yang memperjuangkan kesamarataan dan memperjuangkan nasib golongan minoriti yang tertindas.
Kita mempunyai terlalu banyak parti sehinggakan membingungkan rakyat, kita perlu bangun dan membina sistem 2 parti untuk kepentingan Negara dan kepentingan golongan monoriti.  Ikatan parti yang lemah seperti Pakatan Rakyat dan Ikatan olok-olok Parti BN hanya memperlihatkan rakyat diperbodohkan dengan isu-isu remeh yang tiada kepentingan komersil.

Wahai kawan-kawan semua kita perlu perjuangkan sistem 2 Parti!
Pendirian Parti perlu lebih objektif dalam perjuangan sama ada anda penyokong yang fanatik atau sederhana, sama ada anda pro agama ataupun anda pro sekular. Kalau kita tidak dapat tetap pendirian, bagaimana kita nak mengurus negara? Demokrasi separuh jalan hanya akan mengakibatkan kelemahan pentadbiran dan memecah belah rakyat sehingga tiada perpaduan serta keruntuhan sistem sosial.

Berita di Media elektronik mahupun Suratkhabar, semuanya hanya membincangkan politik BN dan Pakatan yang membuang masa, sedangkan kita dahagakan maklumat seperti berita ekonomi, keselamatan, peristiwa yang boleh memberi pengajaran, yang memberi kesan positif ataupun isu-isu semasa dunia. Inilah yang diingini oleh pentadbiran kerajaan yang lemah...supaya propaganda politik melekat di minda rakyat dari bangku sekolah hinggalah ke rumah. Namun, rakyat hari ini tidak sebodoh dulu, internet telah membuka pemikiran kita dan di sini sahaja peluang kita mendapat ilmu sebenar, merasa, melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling kita.

Malaysia perlu berubah! Siapakah pemimpin yang boleh membantu kita? Di manakah "the one" yang mampu memimpin kita sebagai satu Bangsa?


Khamis, 7 Ogos 2014

Lagi-lagi Palestine...

Sampai bila nak berperang?
Sampai bila nak bermandi darah?
Tidak adakah benda lain yang lebih afdal daripada berperang?
Mengapa perlu berperang?

Perlukah jajahan sekangkang kera itu?
Perlukah jajahan itu untuk berjaya dalam hidup?
Perlukah jajahan itu untuk hidup aman?
Perlukah jajahan itu untuk segala-galanya?

Tidak cukupkah tanah seluas-luas bumi ini?
Mengapa perlu berebut sepetak tanah yang berpuaka?
Tanah berdarah anak-anak kecil, wanita dan mereka yang tidak berdosa?
Tiadakah tanah lain yang lebih subur dan aman?

Adakah dendam boleh membawa keamanan?
Adakah membalas dendam membawa kemakmuran?
Bolehkah bunuh-membunuh menenangkan roh yang mati?
Perlukah membunuh untuk agama?

Adakah agama yang menyuruh umatnya membunuh?
Apakah jenis agama yang suka melihat manusia mati berperang?
Tidakkah agama menyuruh kita berdamai?
Perlukah kita mati kerana agama?

Tidak bolehkah Palestine bekerja keras?
Tidak bolehkah orang Palestine mencari ilmu?
Tidak bolehkah orang Palestine mencari kekayaan?
Tidak bolehkah orang Palestine berdikari?

Tidak bolehkah hantar anak bersekolah?
Tidak bolehkah anak mengejar ilmu dan teknologi?
Mengapa ada anak merusuh di jalanan?
Mengapa bawak anak bila pergi menunjuk perasaan?

Sampai bila nak dibantu?
Sampai bila nak menagih simpati?
Sampai bila nak merusuh?
Sampai bila nak membuang masa?

Bolehkah Palestine membuka peluang ekonomi?
Bolehkah Palestine mencari kekayaan untuk rakyatnya?
Bolehkah Palestine bekerjasama dengan dunia Islam yang maju?
Bolehkah Palestine maju?

Bolehkah tanah tidak dijadikan alasan?
Bolehkan kawasan jajahan dijadikan alasan?
Bolehkah Palestine akui kegagalan sendiri?
Bolehkah kepentingan Modal Insan melebihi kepentingan kawasan?

Bantulah Palestine,
Bantulah mereka untuk sedar bahawa Dunia ini luas,
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!!
Bantulah Palestine mencari ilmu dan pendidikan,
Berilah mereka kesedaran.
Kalau kita berpelajaran, berwang dan berilmu, maka jajahan mana yang tak dapat kita tawan?

Sabtu, 21 Jun 2014

Bila Agama jadi alasan untuk buat apa saja...

 
Inilah kesudahannya kepada orang yang jahil dan ditadbir oleh kerajaan yang tidak cekap, korup dan hanya mementingkan kesinambungan Parti yang sudah tidak relevan.  Kita hanya perlu 2 parti sama ada yang sokong sekular atau terus berpura-pura menjadi Negara Islam..
Sistem persekolahan semakin teruk berbanding zaman peninggalan British, ranking Universiti semakin teruk, walaupun ada universiti tertua tetapi bukan lagi terungggul di rantau Asia Tenggara.
Fungsi pengajian dan silibus persekolahan hanya menjurus kepada perpecahan...
Sekolah sepatut menjadi tempat menyemai benih perpaduan tetapi dipecah kepada sekolah Cina, Melayu, India dan lain-lain lagi.
Mintalah sekolah Buddha, Hindu atau Kristian, mesti dapat kelulusan asalkan tiada orang Melayu di dalamnya. UMNO sangat gembira jika anda minta bantuan kewangan...kerana inilah dipanggil "Dasar Pecah dan Perintah". Namum, dasar inilah juga akhirnya memakan diri sendiri, kini lahirlah golongan yang buta agama, buta ilmu dan buta logik.

Datuk Zaid memang dari dulu mempunyai keazaman untuk melihat kita bersatu dan kenyataannya dalam akhbar pada 20 Jun 2014 ( seperti di bawah) menunjukkan beliau prihatin dengan masa depan kita...


DATUK ZAID IBRAHIM Datuk Zaid Ibrahim is highly passionate about practically everything, hence the name of this column. Having established himself in the legal fraternity, Zaid ventured into politics and has been on both sides of the political divide.

Combating home-grown hate

The young must be given opportunities to have modern education so that they can be nurtured to distinguish for themselves the importance of moderate values over extremist ideas.
DURING an attack by the Islamic State of Iraq and Sham (Isis) on the Iraqi SWAT headquarters in al-Anbar on May 26, a young 26-year-old Malay man, Mohd Tarmimi Maliki, blew himself up like a true suicide bomber in order to kill as many Iraqi personnel as he possibly could.
Mohd Tarmimi succeeded. He killed 25 elite Iraqi soldiers and, according to reports, he was trained by militants right here in Malaysia – in Port Dickson. It is tragic to know that young Malaysians have to give meaning to their lives in this way.
And Mohd Tarmimi was not the first. A few years ago, a bomb maker from Kluang, Noordin Mohammad Top, became notorious for massive suicide attacks during the Jemaah Islamiah’s reign of terror in Java and Bali. His comrade and fellow bomb maker, Dr Azahari Husin, was also Malaysian.
This has not gone unnoticed. Only last week the Government announced the capture of four militants in Sandakan, and statements from the police seem to suggest that militancy is on the rise in our country.
Deputy Home Minister Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar was quick to announce that Malaysia would never allow itself to be used by terrorists groups, adding that the Government was serious about making our nation a moderate Muslim country.
He specifically referred to the Global Movement of Moderates, established by Putrajaya, as an affirmation that the Government was serious about fighting extremism and militancy.
There are other measures that the Government should put in place to stop more young Malaysians joining the “jihad” brigade and senselessly killing themselves.
Stopping foreign militants from infiltrating our country is a sacred duty of our armed forces, but equally sacred is the duty of all of us to ensure that young Malaysians denounce violence, and I hope our leaders regard the existence of suicide bombers from amongst our young as a serious matter that requires urgent measures.
I have some views on how we can do this.
First, we must give our young opportunities to have modern education so that they can be nurtured to distinguish for themselves the importance of moderate values over extremist ideas. Secular education makes them think, unlike religious ones which make them obey. Modern education nurtures the young minds, and allows them to examine life’s many possibilities.
They must be taught not to condone violence and the killing of others, no matter how compelling the reasons for doing so might be.
We must teach young Malaysians to respect and safeguard human life and dignity, and always defend the rights of others as they expect others to do for them.
Unless our young boys and girls have the educational training to find peaceful ways to live in this modern world and are able to tell what is good for themselves and for society versus what is harmful, extremism and fanaticism will flourish.
For such a liberal education to take root in our schools, we must put a stop to indoctrination under the guise of religious teachings, and we must not continue to imbue our young with supremacist-nationalist ideas.
If we fail to do this, we will certainly produce more young men and women who are angry with the ways of the world. They will find it attractive to engage in violence and even to kill themselves for causes they have been misled to believe are worthy of the sacrifice.
Outside the schools, Malaysians must unite to reject extremism. It is no good to retaliate against extremist positions with our own extremism, meekly telling everyone that extremism begets extremism.
Religious preachers sometimes extol violent views in the name of religious commandments, and that’s how the seed of violence is sown. For a start, we must monitor the Friday sermons – no one, not even officers of the various Religious Departments – should be allowed to preach hate.
Our leaders, political or otherwise, must be mindful of their statements and conduct so as not to encourage our young to accept violence and hate speech. It is time that leaders tempered their political posturing, and they must distance themselves from excesses and extremist acts of all kinds.
At the same time, we need to mobilise the positive elements in society to do their part. There are enough people of goodwill who can teach young Malaysians about the benefits of inclusiveness and harmony.
The sense of wanting to belong and to be a part of a larger community will always win the day if only the people work hard to instil these values instead of the vile and vicious ideas that have become commonplace in our political discourse today.
Today, the whole world is grappling with the issue of how to manage violence and extremism, and it’s not hard to see that, in the Islamic world alone, the forces represented by the Sunni and the Syiah are engaging in sectarian and tribal wars of a huge magnitude.
Just look at what has happened in Pakistan, Iraq and Syria – if Malaysia is not careful and allows itself to be dragged into the same dispute, and if we delude ourselves into thinking that Islam is “under attack” and must therefore align ourselves to certain extremist groups, then many more like Mohd Tarmimi will join the brigade.
It will be a national disaster if our young have nothing to look forward to other than a short life to be terminated by their own suicide bombs. We must ring-fence them from this violence and, instead, help them to discover hope and a sense of worth in their lives. This is the duty of every Malaysian today.
 
Source: The Star Malaysia 20 Jun 2014

Ahad, 25 Mei 2014

Hudud bukan rukun Islam



Ustaz kena bagi ceramah sikit dengan orang Kelantan yang fanatik dengan politik tu.
Dalam setiap agama, ada kumpulan yang melampau sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Tetapi kita sebagai pengamal agama mestilah sentiasa ingat apa-apa yang melampau hanya akan membawa keburukan kepada semua pihak.

Bukan sahaja dalam agama, semua perkara yang kita buat bila melampau ia boleh memberi kesan negatif, walau pun perkara itu dikatakan perkara baik.
Bak kata pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Buat baik pun jangan terlampau baik kerana anda boleh mengubah keadaan menjadi lebih buruk.
Sayang anak itu baik, tapi bila terlalu sayang maka yang terhasil adalah anak yang manja dan "kurang ajar".

Kerana agama itu satu isu yang sensitif,  hanya orang Islam sahaja boleh menegur orang Islam.
Ini bukan perkara baru, kerana setiap agama perlu melalui tempoh kematangan (maturity) seperti apa yang berlaku kepada Kristian di zaman kegemilangan "Bishop" yang memerintah kerajaan Eropah sehinggakan Raja hanya menjadi simbol sahaja, yang benar-benar berkuasa ialah ulamak Kristian. Banyak orang dibunuh kerana dikatakan bersekongkol dengan syaitan, banyak wanita dibakar kerana dikatakan ahli sihir.

Orang hitam / negro dibunuh kerana sikap racist mereka yang menganggap orang Hitam hanya hamba, langsung tidak setaraf dengan mereka (walau pun bukan semua orang Kristian fikir begitu).


Saintis juga dipenjara kerana teori-teori mereka bercanggah dengan tafsiran dalam Bible (tafsiran-tafsiran dibuat mengikut kefahaman ulamak itu sendiri).

Kekejaman yang berterusan akhirnya mencetuskan revolusi di kalangan orang Kristian sendiri. Perubahan yang berlaku telah mengakhiri zaman kegemilangan ulamak Kristian. Agama itu sendiri kemudian menjadi lebih "sederhana" dan mudah diterima walaupun dakwah-dakwah mereka masih bersifat agresif.

Sains dan agama tidak boleh bersama.

Ini juga berlaku dalam Islam kerana "agama" tidak begitu dinamik seperti sains. Walaupun pada awalnya orang Islam yang menemui banyak ilmu matematik dan sains, ia tidak boleh berkembang kerana penemuan-penemuan baru akan menunjukkan bahawa agama itu buatan manusia di mana tulisan-tulisan kitab akan bercanggah dengan sains. Ulamak enggan mengalah kerana terlalu berpegang kepada tafsirannya sahaja.  Ulamak yang cetek ilmu hanya lah dipanggil "street smart" yang bersikap "defensive" dan mudah melatah / "react". Hanya melalui ilmu terkini dan "diuli" bersama nilai-nilai agama, barulah agama akan menjadi lebih dinamik dan mengurangkan konflik sesama manusia.

Tulisan saya terlalu ke depan dan sukar diterima anda di hari ini, tetapi apa yang saya tulis hari ini akan menjadi realiti di masa hadapan.  Agama Islam akan menjadi agama yang sederhana dan tidak ditakuti lagi oleh orang Bukan Islam. Cuma masanya belum sampai...

Sabtu, 24 Mei 2014

Hudud oh Hudud ...

Inilah yang dikatakan kehendak tuhan. Tetapi mengikut kitab, manusia tu tak sempurna.
Macam mana manusia boleh melaksanakan hukuman untuk tuhan kalau dia sendiri tak sempurna.
Jangan lah membunuh atau mencederakan orang lain atas nama tuhan...
kerana  tuhan adalah maha pengampun dan maha pengasih!!
Hanya syaitan mahu manusia bunuh membunuh.

Apakah hak anda untuk mengambil nyawa orang lain?
Apakah hak anda untuk memotong tangan orang lain? Tidakkah itu juga satu jenayah kejam?
Apa bezanya anda dengan penjenayah yang anda hukum?
Tiadakah cara lain untuk mendidik penjenayah?
Bagaimana anda hendak menyambung tangan orang yang dihukum itu sekiranya kemudian hari ada bukti bahawa dia difitnah?
Akal yang normal tak mungkin dapat menerima kekejaman ini...apakah ini yang rakyat Malaysia mahukan?

Khamis, 8 Mei 2014

Hapuskan ruang "kaum" dalam borang permohonan rasmi kerajaan...mana mungkin!

BN akan menjadi tak releven sekiranya semua kaum bersatu padu. Tiada lagi MCA dan MIC. Tiada lagi parti Kadazan dan parti Dayak. Inilah yang paling ditakuti oleh pemimpin-pemimpin BN. Tetapi anehnya di manakah parti bukan Melayu yang melaungkan slogan 1 Malaysia.

Semua Dasar Perpaduan Negara hanyalah retorik dan tidak akan mencapai matlamat menyatukan semua rakyat Malaysia sampai bila-bila selagi UMNO hari ini berkuasa (kecuali ada reformasi dan revolusi dalam Umno sendiri).  Sayang sekali ramai masih jahil dengan hak mengundi yang ada dalam tangan masing-masing. Tidak berbuat apa-apa beerti kita akan terus menjadi bangsa yang lemah.  Tidakkah anda Nampak?
  • Air paip boleh kering
  • kapal terbang pun hilang
  • Stadium boleh runtuh
  • orang Sulu boleh masuk dan serang sewenang-wenang
  • pelancong Sabah kena culik berkali-kali
  • toll mahal gila
  • jalan jam gila
  • kereta mahal gila
  • rumah tak terbeli walau sekolah sampai menara gading
  • belum bekerja sudah berhutang
  • jenayah ada di mana-mana - dadah berleluasa
  • minyak kereta mahal walau kita pengeluar minyak
  • minyak masak pun mahal sama
  • import makanan berterusan, walau kita pengeluar barang pertanian
  • kualiti pelajar sangat teruk, kolej pun ada yang kena tutup
  • belajar kejuruteraan, sampai hari ini pun kena import enjin kereta,
  • motosikal sendiri pun tak boleh cipta, apatah lagi perahu dan kapal terbang!
  • TV satelit dimonopoli
  • elektrik dimonopoli
  • kemudahan internet dan telefon dimonopoli
  • kemudahan air dimonopoli
  • tak cukup lagi kah masalah kita...
Mengapa kita duduk dengan selesa? Kita hanya lah umpama katak yang direndam dalam air panas, lama-lama mati tanpa disedari...