Rabu, 5 Ogos 2015

MCA, MIC and Gerakan buat apa tunggu lagi? Kembalikan semangat kemerdekaan Tunku.


Inilah masanya untuk menebus kesilapan lampau.  Malaysia tidak jadi begini kalau Parti komponen BN bekerja untuk rakyat. Semasa komplot UMNO memperkenalkan DEB, parti komponen BN senyap - tak dak telur!
Semua dasar diubah untuk memperkayakan kroni UMNO.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!

Mahathir dan konco-konconya telah merosakkan perpaduan negara, cuba menambahkan pengikut dengan mengimport Mamak, Pakistani, Myammar, Bangla, Indon, Sulu dan orang Kemboja/ Siam. Walaupun mereka ini bukan golongan cerdik pandai, ia cukup untuk menambah undi Umno dalam pilihanraya. Mahathir juga memasukkan musuh-musuh politik dalam tahanan ISA - betul cakap Tunku!


Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!

DEB dan rancangan-rancangan inilah yang digariskan oleh Umno untuk menjahanamkan perpaduan negara. Sekolah yang menggunakan perantaraan Inggeris dihapuskan. Sekolah Kebangsaan ditambah tanpa mengfokuskan keperluan bahasa Inggeris sebagai bahasa komersil dan teknologi.
Di manakah parti-parti komponen BN? Mereka tidak langsung memperjuangkan hak-hak rakyat, sedangkan banyak pemimpin pembangkang masuk tahanan ISA.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!


Golongan pelajar yang berfikiran terbuka dikengkang oleh AUKU yang menghalang penglibatan pelajar dalam politik sekaligus membantut proses demokrasi di Malaysia. Kita kehilangan bakat-bakat muda, sedangkan negara memerlukan pemimpin bukan sahaja untuk menjaga kesinambungan politik dalam negara, kita juga perlu pemimpin yang boleh menyuarakan permasalahan negara di peringkat antarabangsa.
Apa parti komponen BN buat, mereka tengok saja!
Sekarang kita sudah terlanjur, tapi kita masih ada masa untuk bertaubat!
MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain patut menebus dosa lampau, semua kesilapan lalu perlu diperbetulkan. Kalau komponen tidak bertindak sekarang, maka kesilapan Koh Tsu Koon akan berulang kerana keangkuhan dan sikap "over confident" telah menyebabkan Gerakan kehilangan Pulau Pinang.
Kalau parti komponen tidak bertindak sekarang, nescaya tiada lagi masa depan untuk Parti -parti ini di masa hadapan.
Najib adalah produk UMNO, bukan salah beliau tetapi salah pemimpin lampau yang menggunakan kuasa, kononnya untuk mempertahankan hak bangsa dan agama. UMNO membuli golongan Minoriti tetapi paling sedih komponen BN tengok saja dan tidak mempertahankan semangat Kemerdekaan yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman.



Apa yang parti komponen BN buat kali ini? Keluarlah dari BN!  Kalau BN tidak lagi berkesan untuk membangunkan Malaysia, buat apa lagi parti Cina, India, Melayu, Kadazan, Dayak dan Parti-parti kecil lain.  Kita kini tidak perlu lagi parti berasaskan kaum , kita hanya perlu 2 Parti, satu pembangkang dan satu pemerintah.

Jumaat, 24 Julai 2015

Kegagalan pentadbiran BN membawa kepada rusuhan kaum di Low Yat


Tragedi Low Yat walaupun tidak menyebabkan kematian mana-mana pihak, ia patut menjadi pengajaran kepada Negara, lihatlah betapa rapuhnya perpaduan antara kaum dan betapa mudahnya emosi manusia dapat dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

Yang paling menyedihkan dalam peristiwa ini ialah ada orang cuba "menangguk di air keruh".  Mereka cuba menghasut orang Melayu agar merusuh dan cuba mendapatkan publisiti murahan ekoran kejadian di Low Yat. Sepatutnya mereka meredakan keadaan tetapi mereka mengapi-apikan orang Melayu untuk memukul orang Cina sambil menggunakan laungan "Allah" untuk membangkitkan lagi semangat Assabiyah.


Polis gagal membantu mangsa yang dipukul bertubi-tubi.  Polis tidak bersedia  untuk menangani masalah sebegini walaupun ini hanya melibatkan kes yang kecil. Di manakah FRU dan anggota-anggota lain?  Bayangkan bila kekacauan yang lebih besar terjadi, macam mana Polis nak mengawal keadaan?

BN patut dipersalahkan dalam rusuhan ini, Dasar Perpaduan Negara dan Sistem Pendidikan Negara gagal berfungsi untuk menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, Cina di sekolah Cina, India di sekolah India, Melayu di sekolah Melayu, terlalu banyak prajudis antara kaum ini sehinggakan mereka mudah terpedaya untuk merusuh memukul kaum lain. Ini hanyalah permulaan, bersedialah untuk rusuhan lebih teruk kiranya BN tidak berubah. Malaysia hanya perlukan satu sekolah untuk semua kaum.

Kita bukannya binatang untuk dilaga-lagakan, Sistem persekolahan hari ini umpama reban ayam laga yang dididik untuk berlawan ayam dari reban lain.
Saya menuntut hanya satu aliran sekolah sahaja untuk semua kaum, kita perlu bersatu sejak budak dan bukannya hanya berjumpa kaum lain semasa bekerja atau membeli belah.
Sekolah aliran English patut dikembalikan, saya pasti ramai yang akan menghantar anak ke sekolah aliran English berbanding aliran Melayu, Cina atau India. Kalau perpaduan tidak dipupuk sejak awal nescaya Bumi Malaysia tidak akan aman seperti "Bom Masa" yang boleh meletup bila-bila masa sahaja.

Saudara Najib,
Inilah peluang untuk membetulkan keadaan, Najib boleh menjadi Hero rakyat Malaysia kerana laungan 1 Malaysia masih keramat kalau Najib menghayati semangat Satu Malaysia. Mulakan lah dengan melantik Menteri Pendidikan Baru, mulakan reformasi pendidikan satu Malaysia aliran English.

Semuanya bermula dengan Mahathirisme yang memecah-belahkan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, Mahathir telah menulis surat memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman dan menyebabkan Tunku meletak jawatan. Dasar mesra kaum Tunku terkubur selepas itu dan rakyat semakin berpecah selepas Mahathir berkuasa.

Inilah peluang untuk menghapuskan Mahathirisme, hapuskan polisi meMamakkan rakyat Malaysia, tidak cukupkah orang  Pakistan, Bangladesh dan India Muslim yang menikmati taraf Bumiputera kerana mereka didefinisikan Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, sedangkan kaum Peranakan yang tinggal di Malaysia lebih 200 tahun dipinggirkan.

Kembalikanlah martabat Melayu yang terkenal dengan sopan dan adab resamnya. Bersatulah dengan Raja-raja Melayu yang progresif dan dinamik.  Asimilasikan rakyat Malaysia menjadi satu Bangsa, mungkin kesalahan-kesalahan yang lalu menjadi tidak penting dan dimaafkan rakyat Malaysia. Kita perlukan Bapa Perpaduan dan Bapa Meritokrasi bukannya Bapa 1MDB.

Selasa, 19 Mei 2015

Najib di ambang kejatuhan...

Sejarah berulang dan berulang lagi...bila kita menghadapi peperiksaan di Sekolah mahupun di Universiti, soalan yang selalu ditanya ialah Apakah faktor-faktor kejatuhan kerajaan X? sama ada kerajaan Melaka, kerajaan di Eropah, Arab, China, India mahupun kerajaan-kerajaan Kuno dahulu kala.

Jawapannya tetap sama iaitu selalunya kerajaan itu tumbang kerana campurtangan asing, penglibatan orang dalam, kerana perempuan dan juga kerana angkuh, nafsu serta tamak haloba.  Kepimpinan Najib juga menghadapi cabaran yang sama.

Mengapa Najib boleh jadi begitu? Bila pemimpin lupa diri dan asyik memikirkan kepentingan diri melebihi kepentingan Negara maka inilah yang berlaku. Terlalu banyak korupsi yang gagal ditangani Najib, beliau tidak dilihat sebagai cuba menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
Soal lembu, Perempuan Mongolia, 1MDB...aduh malas rasanya nak ulang-ulang.
Najib umpama harimau yang cedera di dalam hutan belantara, maka harimau lain pula cuba mengambil kesempatan di atas kecederaan itu untuk merampas kuasa melalui kempen-kempen, lobi melobi dan mungkin juga ugut mengugut semata-mata kerana melihat peluang terhidang di depan mata.
Ada harimau tua yang mahu anaknya mengambil alih kuasa memerintah,
Ada harimau yang mahu kawannya mengambil alih jawatan Ketua Harimau,
Ada harimau yang mencakar dari belakang...ada juga harimau yang jadi tali barut harimau lain.
Sememangnya itu lah kerja harimau. Sebab itu Confucius kata Politik itu kotor.

Sendiwara ini cukup memalukan kerana kita dibawa berbahas siapa yang salah dan betul, padahal kita patut tanya dasar mana yang betul dan dasar mana yang merugikan rakyat?
Bagi saya pemimpin patut merancang cara untuk 
  • membangunkan kawasan masing-masing, membuka peluang kerja melalui kemasukan pelaburan asing
  • menyelesaikan masalah setempat seperti keperluan rumah untuk mangsa banjir di Kelantan
  • menyelesaikan masalah sosial seperti dadah, rempit dan pecah rumah
  • membincang isu-isu keselamatan kawasan perumahan
  • membangun pendidikan negara, prihatin lah soal kebajikan pensyarah dan fikirkanlah cara memajukan rating universiti melalui meritokrasi dan bukan lagi Kuota. Universiti yang gagal mencari pendapatan melalui penyelidikan patut diberi amaran keras, jawatan-jawatan penting patut diisi oleh mereka yang layak bukan berdasar warna kulit dan kronisme.
  • selesaikan masalah peniaga
  • selesaikan masalah pekerja awam dan swasta
  • selesaikan masalah kesihatan
  • selesaikan masalah pendatang, penculikan dan pencerobohan asing.
banyak lagi lah kalau nak senarai semua memang tak habis, pokoknya kita harus mula fokus pada permasalahan negara dan rakyat. Kita menuntut isu permasalahan rakyat, bukan masalah Najib. Selesaikan masalah rakyat, secara automatik kita selesaikan masalah pemimpin.




Sabtu, 7 Mac 2015

NO PETROL SUBSIDY BUT GOVERNMENT STILL ROB US BECAUSE YOU ALLOWED YOURSELF TO BE ROBBED...

Government earn about RM 7,000,000,000 a year from our Car Price!! 
Now without Petrol subsidy, Government still impose THE same car taxes.

YOU! VOTERS! THE ONE WHO READ THIS ARTICLE!
ARE SO STUPID TO VOTE BN AND GIVE YOUR INCOME TO GOVERNMENT WHEREAS YOU CAN USE THE MONEY TO PAY FOR A BETTER HOUSE OR EVEN A BETTER CAR. 
DON'T YOU FEEL STUPID!!

NO MATTER YOU ARE BLACK, RED OR WHITE, WE NEED TO WORK AS A TEAM IF WE WANT A BETTER LIFE! NO MORE BULLY, NO MORE CHEATING, NO MORE TRICKS!

One of the reason why we don't have enough money to spend for a better home, it is because we have to pay for extremely high car prices.
One of the reason why there are always fatal accident cases happened, it is because many can't afford to buy a safer car, one even use "Kancil"to travel from Perlis to Johor.
The road accident also caused many losses of young talent who died in a minor accident due to poor car performance and lack of safety features.


See below articles from Star Newspaper on Feb 9, 2015;

KUALA LUMPUR: There has been a buzz that car prices will come down with the introduction of the Goods and Services Tax (GST) as the rate is lower than the current Sales and Services Tax (SST).
Customs Department director of GST Datuk Subromaniam Tholasy said based on computation after taking into account the distribution margin, the price of cars is still expected to be “slightly lower” under the GST, although the difference between the GST and SST is “not a full 4% and is much less”.
“The car industry has become very efficient and competitive over the years. Tax is just one factor.
“The manufacturers should reduce the prices if the production cost is lower due to lower raw material and component prices,” he said.


The prices of steel and raw materials have started to come down recently in tandem with lower oil prices.
However, Malaysia Automotive Association president Datuk Aishah Ahmad said car prices might actually go up instead of coming down.



She said during the interim period when the GST kicks in, customers might end up paying double taxation for their cars.
This is because car companies had already paid 10% in SST for cars they bought before April, and those that bought the cars from a distributor or a non-licensed manufacturer can only claim back 20% of the sales tax they paid, which translates to 2% of the 10%.
“On April 1, customers will have to pay the 6% GST. So in total, the tax would be 8% (from the non-refundable SST part) plus the 6% GST. This means that in actual fact, car prices will increase (during the interim period) because you have to pay tax twice,” said Aishah.
But she also said the GST was a very small element in the pricing of the cars as the major element affecting the pricing was the excise duties the companies had to pay to the Customs Department, which range from 65% to 105% depending on the engine capacity of the vehicle.
This, she said, is one of the main reasons car prices in Malaysia are among the highest in the world.
“We have been asking for a reduction of the excise duty but we still get the same answer: ‘No’.
“The revenue the Government gets from duties (excise duty, SST, import tax) from the Malaysian automotive industry comes up to RM7bil per annum. It is too huge an amount for it to lose.”



She added that the appreciation of the US dollar against the ringgit would also affect the price of cars.
Compared to January last year, the US dollar has appreciated against the ringgit by a significant 28% to 32%. Many car distributors even use US dollars to pay for their Complete Knock Down packs, including those from Japan and South Korea, Aishah said, adding that most imported vehicle components and spare parts were also priced in US dollars.
“With the exchange rate this high, members are trying to mitigate the problem and do what they can to hold on to current prices.
“But how long can they withstand and absorb this? If they do lose money, then they will have to increase prices,” she said.
RHB Research Institute head of research Alexander Chia said based on calculations, there would be “no discernible material change” post-GST for car prices.
He said when the 6% GST replaced the 10% SST, theoretically one would expect car prices to fall, but there was already a difference between the list price and street price of a car.
Chia said there was already a lot of discounting going on at the street price level.
He also said the car market had been a bit slow in the last six to 12 months because “hire-purchase financing at the current levels” was not profitable for banks, so the banks wanted to prioritise other loan sectors instead.
“Banks are also more wary of who they lend to. They are following the responsible lending guidelines of 2012. The way they compute eligibility for loans is significantly more stringent now,” he said.

Rabu, 4 Mac 2015

Amerika Syarikat dan penganut fanatik Islam tertipu...

Walaupun topik ini lebih kepada mainan politik antarabangsa, dan bukan Revolusi Malaysia, saya tidak dapat memendam rasa untuk berkongsi maklumat ini kerana ini telah melibatkan ramai rakyat Malaysia yang tertipu dengan konsep ketuhanan IS. Orang Malaysia diberi tiket palsu ke Syurga dan mereka tidak menyedarinya, sungguh sedih...

Nampaknya mainan politik orang Iran juga berbisa seperti mana orang Yahudi.  Iran telah berjaya membuat satu percaturan yang menarik. Ia satu konspirasi bertaraf Dunia.
Ternyata emosi manusia sangat rapuh dan mudah dipergunakan. Kini terdapat ramai golongan fanatik yang sedia berkhidmat atas nama Allah.

Amerika pula setelah sekian lama menjadi penghalang projek Nuklear Iran kini menjadi lembik dan ketakutan, tidak seperti yang digambarkan dalam filem-filem Hollywood mereka. Apapun sikap Amerika, ia kini terdesak untuk menghapus IS walaupun terpaksa bekerjasama dengan musuh lama iaitu Iran.

Menggunakan orang Islam yang fanatik, Iran telah berjaya menghasilkan hulu balang - hulu balang Islam dengan kos yang minimum. Iran hanya perlu mencari, merekrut dan melatih mereka berperang melalui proxy / pihak ketiga, ini tidaklah susah kerana penganut fanatik ini hanya diberi tiket sehala atau "one way ticket". Setelah sampai di medan perang maka susahlah mereka untuk kembali ke Tanah Air termasuklah rakyat Malaysia, apatah lagi kalau yang pergi ke Syria itu perempuan, sekiranya dikahwinkan dengan orang Arab yang terkenal dengan sikap ganas dan tidak bermoral, wanita selalu ditindas dan diperhambakan untuk memuaskan nafsu orang lelaki. Mereka tidak banyak berubah sejak Zaman Jahilliah...
Kalau telah dirogol dan dijadikan hamba seks, siapa nak balik jumpa ibu bapa atau kawan-kawan di Malaysia?

Amerika bersikap penakut dan sikap Obama yang kini mencari populariti dengan kempen mengelakkan peperangan, Kempen Kesihatan Negara yang dilancarkan beliau sebelum ini telah menurunkan ratingnya dengan teruk.

Kekejaman IS ditayangkan dalam YouTube untuk menakutkan Amerika dan Sekutunya.
Sengaja ditunjukkan pembunuhan kejam termasuk acara memenggal kepala orang Jepun, Jordan dll.

Iran juga memberikan gambaran bahawa mereka juga musuh IS. Oleh itu, IS musuh Iran, maka Iran dan Amerika adalah kawan?
Maka, Iran berjanji akan membanteras IS bersama Amerika, ini tidaklah susah bagi Iran kerana semua selok belok IS ciptaannya boleh dimusnahkan dengan mudah. Syarat untuk Iran membantu Amerika ialah dengan membenarkan Iran meneruskan pembinaan loji Nuklear yang telah lama diidamkannya...
Iran kini hampir berjaya memaksa Amerika agar membenarkan Iran membina loji Bom Atomnya.

Orang Yahudi yang sememangnya bijak telah nampak niat Iran sejak mula. Mereka melobi anggota Senat Amerika agar tidak menyokong Obama untuk membenarkan loji senjata Nuklear dibina di Iran.

Kalau anda adalah muslimin dan muslimah yang fanatik itu, mengucaplah banyak-banyak sebelum ke Syria. Anda hanyalah diperalatkan oleh orang Arab untuk kepentingan politik mereka.

Ahad, 1 Mac 2015

Perhimpunan Memperkasakan Melayu

Percubaan PM untuk menaikkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu hanya memburukkan lagi semangat Nasionalisme kerana Parti yang memperjuangkan satu kaum akan bersikap pilih bulu lalu memingkirkan kaum lain.
Kiranya, Umno mahu menjaga golongan Bumiputera, mengapa sampai hari ini orang Asli masih kemunduran? Apakah Kuota untuk orang asli di Universiti? Kuota orang asli dalam perkhidmatan awam? Apa? orang Asli tu bodoh? Jadi, orang Melayu tu cerdik?

Perpaduan sepatutnya disemarakkan antara semua kaum kerana Kerajaan mewakili semua kaum.  Kalau kerajaan hanya melaungkan Hidup Melayu! maknanya Mati Bukan Melayu?Mati Kadazan, Mati Dayak? Mati Dusun?
Sebagai pemimpin Kerajaan, PM patut lebih sensitif.

Kalau ini sengaja dilakukan oleh PM, maka saya merasakan PM bermain dengan taktik lama yang sudah lapuk, strategi ini tidak lagi "up to date".  USA pun sekarang sanggup memilih pemimpin kulit hitam sebagai Presiden, sedangkan Umno masih lagi bermain "politik kampong".

MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN di Sabah Sarawak masih belum bangun-bangun, masanya sudah tiba untuk Rakyat memilih kerajaan baru yang boleh menjaga kebajikan Rakyat dengan lebih baik, bukan hanya rakyat Melayu sahaja.